Mengajar Erti Sabar dan Syukur

Monday, May 12, 2014 PCL 6 Comments

[pagi hari sabtu]

kalau siapa yang cam pemandangan belakang kami tu memag tau lah tempatnya..lokasi yang di rahsiakan,  ...banyak faktor perlu rahsiakan kepada umum antaranya nak masuk kawasan pun kena isi 'borang tapisan keselamatan'.

lokasi memang cantekk !!

2 buah kolam , terdapat banyak ikan spesis Talapia Merah (tilapia) , keli dan haruan..

kalau nak banyak ikan dan cepat memang boleh ..hanya perlu tebar jala sahaja...tapi bak kata seorang rakan blogger  katanya , kita ni 'angler' bukannya 'fisherman' ...  memancing mengajar kita erti sabar dan syukur !

Dapat buat lauk , sekadar nak buat goreng berlado ...sudah cukup  !

alhamdulillah duduk di sini rezeki murah, mau rajin mesti kenyang perut isteri dan anak-anak.


mamaD cakap aku dan anak-anak suka selfie.... tapi dalam bab ambil gambar untuk blog aku tak kisah...belasah je janji aku dapat abadikan kenangan dalam blog aku ni...kan ! 
isi ikan jenis ni memang sedap; lagi-lagi yang fresh macam ni.... Talapia Merah .
aku makan ikan..., ikan makan cacing umpan ....jadi tak ada masalah pun kat sini  :) ...saling membantu




kalau memancing berseoragan memang tak best ...itu pasal aku selalu ajak mamaD ikut sama..dia tak pegang pancing pun....,  kadang tu saja nak teman berteman. Sesekali dengan kawan pun boleh juga tapi aku tak suka...., lebih berminat aktiviti bersama keluarga.





6 comments:

  1. lama tak singgah blog PCL n lama sangat dah tak mancing. Kerja cam robot. Program sana sini. Err..nak tahu port boleh? hehe

    ReplyDelete
  2. macam menarik jer ni...kat mana ni PCL? share la skit...SA ni pencinta tilapia merah and hitam...please..please..pelase...

    ReplyDelete
  3. Semakin bersabar..semakin banyak hasil bila memancing ni..hehe..

    ReplyDelete

  4. Syukurlah dpt rezeki fresh dari usaha tangan sendiri.... Saya dah lama tak memancing, rasanya dah 20 tahun tak pegang joran!!!

    ReplyDelete
  5. syoknya memancing.... bagus PCL dgn wife bersantai macamni. Amalan kebahagiaan rumahtangga tu ^__^

    ReplyDelete
  6. apa rahsia sanggup tggu lelama semata2 utk dpt ikan? ;-)

    ReplyDelete


[PENAFIAN]
www.nazlee.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.
Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.