Selamat Hari Pekerja ...sempena 1 Mei, hari ini ; semoga berkat kerja-keja yang telah dilakukan.

Thursday, May 01, 2014 Nazlee Ismail 7 Comments


...bersantai petang belakang rumah sambil menghirup angin petang memang best.. Sepoi-sepoi bahasa gitu, entahla bahasa apa.. tapi manusia seperti aku ni memang tak memahaminya. ; yang aku tau. ..nyaman suasana bila angin bertiup menghembus ke seluruh badan yang sedang basah dengan peluh ...peluh selepas main gym tadi...

...setengah jam sudah cukup untuk aktiviti petang yang sihat !


Lanskap Kuarters tempat kami berteduh...
Okay sebenarnya aku ni tengah bosan menghadap pokok lanskap (gambar atas) di sekitar kuarters kerajaan di sini, kalau pandang kawasan depan rumah... ada beberapa pokok pinang,  tepi rumah ada beberapa pokok yang tak pasti namanya...hanya banyak daun dan sememangnya bukan dari pokok-pokok buah-buahan. Semuanya dilangskapkan oleh petugas yang telah diberikan amanah. Mereka terdiri dari tukang-tukang kebun yang sangat rajin dan ikhlas dengan tanggung jawab mereka.

Aku puji keikhlasan mereka. Setiap daunan yang berguguran mereka sapu/kutip ; begitulah setiap hari dalam seminggu mereka tak nampak bosan dan jemu dengan kerja mereka...itulah tanggungjawab namanya..

Selamat Hari Pekerja ...sempena 1Mei hari ini ; semoga berkat kerja-keja yang telah dilakukan.

Pokok (gambar bawah) ni aku tanam tahun lepas ; 1 Mei lalu.. (terima kasih kat kaklong yg tolong semaikan pokok tersebut)... *kena sebut nanti dia baca hihi.

Pokok daun lemuni namanya.. ; daunnya boleh pelbagai guna terutama untuk herba, boleh juga buat nasi ulam atau nasi lemak yang istimewa macam gambar bawah sekali tuuu... best !

#nak tau macam mana resipi  buat Nasi Lemak Lemuni ? klik ke blog mamaD.

# hilang sikt kebosanan pandangan mata bila dah dapat makan hasil dari pokok tanaman sendiri ...kan !

pokok lemuni ....baru setahun umurnya.
nasi lemuni sambal udang...terbaik !




7 comments:

  1. selamat hari pekerja juga PCL!!!

    ReplyDelete
  2. SELAMAT HARI PEKERJA JUGAK BUAT PCL..

    NASI LEMUNI? AMENDE TU?

    ReplyDelete
  3. Sedapnya nasi lemuni...

    ReplyDelete
  4. salam. selamat hari pekerja pcl :)

    ReplyDelete
  5. Sedap sangat gambar last sekali tu :p

    ReplyDelete
  6. macam dah terlambat je nak ucap selamat hari pekerja haa :P

    first time dengar nasi lemuni tu...

    ReplyDelete


[PENAFIAN]
www.nazlee.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.
Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.