SUPERSQUAD ; Filem Animasi Hebat Penuh Komedi dan Aksi

Monday, May 26, 2014 PCL 2 Comments


Filem animasi versi bahasa Melayu tempatan semakin mendapat tempat di pawagam-pawagam tempatan dan juga tidak asing lagi bagi penonton kita.

Rentetan dari perkembangan pesat industri filem dan siri animasi tempatan bermula dari siri Usop Sontorian di siaran televisyen tempatan dan ianya terus mengorak langkah dengan produk dari siri dan  filem animasi Upin Upin yang melakar nama di luar negara dan menjadi siri animasi yang sangat digemari oleh penduduk negara Indonesia.

Sedar akan perkembangan pesat ini, syarikat Netcarbon Sdn Bhd membawakan sebuah filem animasi terbaru berjudul SuperSquad.

Filem yang dijadual ditayangkan pada 5 Jun nanti ini merupakan sebuah filem animasi yang mengisahkan tentang pengembaraan lima adiwira muda, juga mempunyai isu dan masej yang mahu diceritakan.

Penonton harus ke pawagam untuk menonton aksi yang mencuit hati dan bermesej terutamanya kepada golongan kanak-kanak remaja bagi mewujudkan motivasi dan semangat setiakawan yang bakal diceritakan dalam filem tersebut...

Selain jalan cerita yang menarik , penggunaan suara daripada kalangan artis yang berpengalaman juga menjadi tunjang yang kuat terhadap siri ini.

Pemenang Bintang Paling Popular,  Anugerah Bintang Popular Berita Harian ABPBH 2013  ; Aaron Aziz berlakon filem animasi.



Laksamana Aaron
Hah, ini dia filem animasi pertama Aaron Aziz   #SuperSquad, penuh aksi dan komedi . Akan berada di Pawagam seluruh negara sempena musim cuti sekolah dalam masa terdekat ini. .

Suara pelakon lain antaranya ialah Dafi , Diana Danielle dan  Radhi Khalid ...juga turut sama melakonkan watak  ialah Amran Ismail (Amaris) , Elza Irdalynna, Marina Tan, Megat Shahrizal, Maya Arissa dan Naa Murad.



Bawalah bersama anak-anak, anak sedara, cucu-cicit anda dan ceriakan mereka dengan gelagat lima superhero (anak-anak Laksamana Aaron) ini.

Kalau mereka suka The Incredibles dan Avengers, mereka pasti akan riang gembira menonton filem animasi hebat SuperSquad !

Biodata SuperSquad ;








Jom Bersama Anak2 & Keluarga... Belajar sambil Tonton Filem Animasi SuperSquad di Pawagam Seluruh Malaysia ..


FILEM ANIMASI SUPERSQUAD

Tarikh tayangan : 5 Jun 2014

Genre : Animasi - Aksi & Komidi
Pengarah : Mohd Rasdan Ramlee
Penerbit / Pengedar : Netcarbon Sdn Bhd
Website : www.supertots.tv
Facebook : https://www.facebook.com/supersquad






2 comments:

  1. AnonymousMay 26, 2014

    kapten PCL, berapa bintang untuk filem ni?

    ReplyDelete
  2. wah, PCL g preview dgn Bro Framestone tu eh..best xcritanya? lebih kurng mcm BoboiBoy eh..

    ReplyDelete


[PENAFIAN]
www.nazlee.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.
Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.