Awak suka perhatikan saya ?

Monday, June 09, 2014 PCL 7 Comments

assalamualaikum..

..jangan kita berfikir bahawa di dunia ini ada orang yang hidupnya sempurna sentiasa , kalau kita sedang duduk sesaja di khalayak ramai..perhatikanlah gelagat orang di sekeliling kita...perhati dengan maksud dan niat untuk muhasabah diri...

ada orang yang mempunyai rumah, tetapi tidak mempunyai kereta (mungkin alasannya dah banyak habis duit bayar hutang bulanan)..namun ada juga sebaliknya ada kereta tapi rumah belum mampu miliki....terpulang atas kepentingan dalam diri sendiri.

Ada orang yang mempunyai isteri tetapi belum tentu mempunyai pekerjaan yang tetap (kahwin dulu ; yang penting bahagia perlu dicari....).

Ada orang yang mempunyai nafsu makan yang membuak-buak tetapi kadangkala tidak mempunyai makanan dan ada pula orang mempunyai makanan tetapi dilarang memakannya..

Jadi, dalam mencari kesempurnaan , kita seharusnya mendapatkan redha Allah swt.

#sebaik-baik harta yang anda miliki adalah yang dapat memberikan manfaat dan sebaik-baik sahabat adalah saling memberi peringatan kepada kebaikan wallhualam.




7 comments:

  1. ye, kekdng kalu tgk org yg susah dr kita mmg kita kna ambil iktibar..skurng2nya kita msih lgi senang..

    ReplyDelete
  2. Ziarah siang salam ukhuwah..peringatan yang bagus tu.

    ReplyDelete
  3. terima kasih atas peringatannya

    ReplyDelete
  4. yang pastinya bersyukur untuk setiap benda yang kita perolehi =)

    ReplyDelete
  5. Paling mendalam buat saya baru2 ni bila dapat tahu ada org yg agak besar pendapatannya, tp tiap2 bulan habis dengan membiaya perubatan sakit yg dialami.. syukur jugalah mampu utk membiaya kat swasta, tp puluh ribu tiap2 bulan habis tanggung perubatan walaupun masuk banyak.. Mcmmanalah saya pulak nanti agaknya... wallahualam..

    ReplyDelete


[PENAFIAN]
www.nazlee.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.
Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.