Baju nipis nampak bayang ..

Monday, June 30, 2014 PCL 20 Comments

Allahuakbar !

...Aku suka membelek-belek fb kepunyaan seorang guru/cikguku ;  ..antaranya telah copy paste berkongsi di sini..harapannya agar jangan sampai ada (sesama kita)  yang mementingkan diri tanpa menghirau situasi sekeliling dan keadaan semasa...

versi pantun ..

BAJU NIPIS NAMPAK BAYANG,
PEHA GEBU SAJA DITAYANG,
LEBIH BAIK TAK PAKAI BAJU LAGI SENANG,
DAH TENTU BOLE TUNJUK TERANG TERANG

BAJU KETAT SELUAR PULAK SENDAT
PAKAI TUDUNG PULA JUST IKAT IKAT
DARI MULA MEMANG SANGAT BUKAN ADAT
DI SUDUT AGAMA PUN GAYA TAK BERKAT

TUDUNG JARANG BAJU NIPIS,
PAKAI SIKIT BOLE NAMPAK "GARIS',
MATA ORANG TERBELIAK, KITA MEMBENGIS,
BILA KENA KUTUK, KENAPA MENANGIS?

LENGAN PENDEK, BLAUS GANTUNG,
JEANS KETAT MELEKAT DI PUNGGUNG,
JADI ORANG ISLAM NI SEBENARNYA BERUNTUNG,
AGAMA TAK PENAH SURUH BERBUNGKUS MACAM POCONG

APA RASANYA, KEPALA BERTUDUNG, KAIN TERBELAH?
KALAU TAKAT RAMBUT ORANG KURANG GHAIRAH,
LAIN KALAU PEHA GEBU, ATAU TERNAMPAK LURAH,
MATA YANG MEMANDANG BOLE KELUAR DARAH

KEBAYA KETAT, KAIN TERBELAH,
IKAT TUDUNG PULA MACAM TAK SUDAH,
NAK IKUT SURUHAN AGAMA MEMANG TAK MUDAH,
TAPI ISLAM ITU SEBENARNYA TERLALU INDAH.


# ..yang dah terbaca tahun-tahun sebelum ni ..harap azam mereka ada penambah baikan.
# ..yang baru terbaca, macam aku ni ...sesamalah membaiki diri ; baru masuk hari kedua kan, ..tak sempat lagi ke sana kan .


..teringat akan kata-kata al-Ustaz yang dijemput memberi tazkirah bulanan di sini ;  katanya...
 " saya sudah 2 tahun tak pergi ke bazar ramadhan..., kalau boleh la kita sesama cuba mengelakkan.."

*semuanya bernafsu nafsi belaka , sebab kat situ dah macam pesta..; pesta makan melimpah ruah , pesta fesyen menjolok mata !

perkongsian ini bukan untuk berkempen supaya jangan pergi bazar... tapi,  semua kita berharap kepada orang-orang yang 'mengimarahkan' bazar ramadhan tu (muslimin/muslimat khususnya) lebih peka dengan tuntutan agama kita.

------------------ ;; -----------------------

Q ; macam mana saya nak cari keperluan berbuka puasa?
A ; tepuk dada tanya iman, kalau boleh jalan tundukan pandangan ; mata tutup (pegang tangan isteri) ... :)

Q ; kaw mampooo ?
A ;  insyaAllah.. cuba la dengan berazam .






20 comments:

  1. Tak suka pakai baju kebaya. :) Moga kita saling perbaiki diri.

    ReplyDelete
  2. thanks pcl mengingatkan saya,insyallah,dibulan mulia nie sama-samalah kita pelihara segalanya dari dosa..

    ReplyDelete
  3. Pergi ke bazaar Ramadhan memang menyeksakan pandangan saya. Cuba untuk tundukkan mata, tapi nafsu kadang-kadang terlebih power hingga kadang ternaik syok tengok 'pemandangan indah' ni.

    ReplyDelete
  4. peringatan buat diri saya sendiri.. :D

    ReplyDelete
  5. AnonymousJune 30, 2014

    pedih tu, pedih...

    ReplyDelete
  6. Doa yg terbaik buat mereka. Kesian pula org yg cari rezekikan. Ambil yg baik je.. yg tak baik tu tinggalkan. Slmt berpuasa

    ReplyDelete
  7. betul kesian pada orang laki. disiksa mata.

    ReplyDelete
  8. semoga ibadah kita tahun ini di bulan Ramadhan akan lebih baik daripada tahun sebelumnya, selamat berpuasa PCL sekeluarga :)

    ReplyDelete
  9. Pelihara puasa dari pagi sampai kul nam petang. Balik dari bazaa, kantung pahala kempis. Sebab tu sy tak gemar sangat nk memilih kat bazaar. Target satu kedai, beli, cabut. Ramai sangat y pakai gtu.

    ReplyDelete
  10. Jangan pakai yang nupis2 ..Bulan puasa bulan utk kita mencari pahala bukan untukmencari dosa..thanks PcL

    ReplyDelete
  11. Sha kalau pergi bazar, memang tamak.. sampai mama Sha bising... bising pun belikan jugak... haha... memori tu... Sha dah kawin, jauh dari mama..

    Haaa bab pakaian, Sha kalau pakai tudung, Sha malu nak pakai keketat... segan pun ye... nice sharing PCL :) suka baca pantun tu...

    ReplyDelete
  12. Tahun lps xp pasar ramadhan... thn ni lum tahu tahu.. en asben yg pg risau gk tersasau terpandang.. hikhik

    ReplyDelete
  13. Bukan setakat baju nipis jer...baju yang tak cukup kain pun ada bro...hihihhihihi... jalan sambil mata tutup kang takut langgar tiang lak... ku di dalam dilemma ni.... hihhihihi.. :D

    ReplyDelete
  14. Ada orang suka pakai ketat singkat. Pastu sendiri rasa tak selesa lalu tarik sana tarik baju sini. Kita tengok pulak naik menyampah!

    ReplyDelete
  15. moga kita terpelihara dalam iman.

    ReplyDelete
  16. Mak ayah sporting sangat zaman skrg. Suami pon mcm bg je wife diorg camtu. Seb baek husband xsuka g baazar. Selamat mata dia.

    ReplyDelete
  17. BUAT KETIKA INI, BELUM LAGI KE PASAR RAMADHAN..

    ReplyDelete
  18. saya pun sedang cuba memperbaiki diri PCL
    terima kasih tuk perkongsian tu

    ReplyDelete
  19. In shaa Allah... akan senantiasa memperbaiki diri...

    ReplyDelete


[PENAFIAN]
www.nazlee.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.
Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.