Bicara tentang usia dan kegemukan ..

Tuesday, June 24, 2014 Nazlee Ismail 21 Comments


Adakah anda menerima kegemukan sebagai lumrah dan takdir bila usia meningkat ?  Tidak semestinya..ken !

Sebenarnya kegemukan ketika usia meningkat adalah disebabkan kurang aktif bersukan atau senaman disamping makan berlebihan.

Memang ada orang secara genetik menjadi gemuk, orang-orang ini memang sukar untuk menurunkan berat badannya berbanding dengan orang yang genetiknya kurus. * usah gusar kepada yang berbadan besar dengan kurniaan Allah swt itu, ..seharusnya lebih bersyukur kerana kesihatan anda lebih baik dari orang yang kurus.

kita bicara tentang usia dan kegemukan eh... please ya, jangan ada yang terasa hati dan jauh hati dengan pcl okay ;).

stok susu kambing #ngm8 #nutrigoat dah tiba...
tunggu review pcl nanti fb/ig/blog
insyaAllah dalam masa terdekat.

Pemakanan yang teratur dan seimbang serta sihat harus diutamakan. Senaman yang konsisten dilakukan dengan baik dapat mencegah kegemukan di usia tua. 40an dah bukan belia lagi.. dah kira tua tu ..ken? selalu lah sedekah senyuman..agar awet muda ;  senaman untuk rahang dan dagu :) *ok lahhh.. dah tu.

Selain daripada faktor alamiah yang menyebabkan meningkatnya jumlah lemak dalam tubuh badan, terdapat beberapa perkara yang menyumbang pertumbuhan lemak tersebut :

.. makan macam orang lain makan ; timbang berat badan ...hasilnya macam yoyo ! naik banyak berkilo, turun sikit..bergram saja haha kenn ! kena ubah pola makanan. Pola yang tidak berubah seperti orang-orang muda yang berusia 20-30an adalah satu amalan yang salah, walaupun orang tua tidak banyak makan seperti mana orang-orang muda .

Selain tu semakin tua, semakin kurang aktiviti sukan..ini lumrah bagi masyarakat orang kita khususnya. ; jika nak buat perbandingan dengan bangsa lain...jauh beza. Tapi tak semua ....sekarang dah semakin ada kesedaran timbul dalam setiap orang tetang penjagaan kesihatan sedari awal / muda lagi...tak lah dah tua baru terhegeh-hegeh jogging. *(masa berkualiti lebih tertumpu kepada melakukan amal ibadat, itu sebaiknya disamping kesihatan kena jaga).

Dengan bertambahnya usia, setiap orang akan kehilangan sebahagian dari otot-ototnya sementara lemak akan bertambah di bahagian tertentu dalam tubuh badan mereka. Maka tak hairanlah nampak benjol sana sini.. *dah terhantuk baru nak terngadah...; okay..aku selalu perhatikan gelagat orang bila duduk sesaja..

#Bila perhati gelagat orang , akan nampak dalam diri sendiri macam mana?..peringatan untuk diri yang semakin menuju kertua nih..huhuu.

#Cuba sibukkan diri kita dengan pelbagai aktiviti bermanfaat. Dengan kata lain, kita harus berusaha dengan penuh kesedaran dan kemahuan untuk memanfaatkan kemampuan untuk melakukan sesuatu.

#Bahagia akan datang bila kita melakukan sesuatu yang indah, hanya kemalasan menumbuhkan kesedihan.





21 comments:

  1. AnonymousJune 24, 2014

    Orang busy nak kurus.. saya busy nak naik kan berat badan.. hehe..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yg nak Sihat tu ramai sebenarnya.. Kurus / Gemuk bukan masalah besar....yg masalahnya disiplin kearah tu.

      Delete
    2. sama dengan Aishah.... Sha pun memang sibuk nak naikkan berat badan... suka tengok badan sendiri berisi.... tapi susah betul nak naik... naik kejap... lepas tu turun balik... adoi

      Delete
  2. setuju sangat dengan PCL..sura pon cuba nak mengisi masa dgn aktiviti bermanfaat..sekarang ni tengah berusaha untuk menurunkan berat badan...sama2 kita menuju kertu dengan sihat..:)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betulkan niat Kita bukan sekadar Sihat cergas shj tetapi supaya lebih selesa utk beribadah mendekatkan diri kepadaNya setiap masa tanpa halangan kesihatan.

      Delete
  3. Tak juga pcl.. sbb parent sy jaga pemknn dan sllu kuarkn peluh... alhamdulillah diusia emas msih bertnga dan tinggi stamina...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau dah sentiasa berjaga-jaga Dari awal ; di usia emas pasti x bnyk timbul masalah kesihatan..good!

      Delete
  4. Selamat bersenam... bulan puasa juga perlu bersenam, jangan jadikan puasa sebagai alasan menghentikan senaman. Asal jangan berlebihan bersenam di bulan puasa, takut kehilangan banyak air dalam badan boleh menimbulkan implikasi buruk pulak...

    ReplyDelete
    Replies
    1. JR punya pengalaman banyak dlm penjagaan kesihatan; sy respek dgn tahap kesihatan dan keyakinan anda miliki memberikan motivasi kpd yg lain. T.kasih.

      Delete
  5. Wah.. dah 40 eh. sedap susu ni :D tido pon lena ..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Risau pulak tido sampai terlepas sahur/Subuh..haha nutri goat tak macam tu..ken @therylisa nurul ain.

      Delete
  6. Sally "membesar" daripada umur 2 tahun...tak pulak nak turun..adeh! hahaha...boleh try jugak ni :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tak mustahil...ramai yg boleh buat ; jgn putus asa eh Sally.

      Delete
  7. Gemuk ke kurus, y penting sentiasa sihat. Mudah nak bergerak cari rezeki, mudah nak beribadat, Tak payah buat y berat..selalu berjalan pun dah cantik. Lain la kalau nak badan buff sket kan bang?

    ReplyDelete
  8. alhamdulillah ... saya x de masalah kenaikan berat badan walaupun umur semakin meningkat . saya juga makan sesedap rasa cuma saya amalkan hanya makan satu senduk nasi tapi tetap meratah lauk pauk selagi ada depan mata ...

    ReplyDelete
  9. Alhamdulillah ...lepas ni lagi bertambah sihat minum susu nie ..Ok nak tunggu REVIEW palak nnt ..All The Best PcL.

    ReplyDelete
  10. BADAN SAYA BOLEH CEPAT NAIK, DAN BOLEH JUGA CEPAT TURUN.. YANG PENTING BERSENAM..

    ReplyDelete
  11. skrg dh kurang aktif..berat bdn pun takmo trun2 dh..huhuhu

    ReplyDelete
  12. Famili kakpb takde yg obes sgt. Cuma kakpb ni rendang, kalau gemok, bayangkan ler......mcm peti ais bergerak ye tak? Kakpb exercise ikut kemampuan, sambil masak pun boleh. Makan kalau boleh ikut masa dan jgn mkn keropok bagai terlalu bnyk garam. Kurus ke gempal asalkan kita sihat, dah syukur.

    ReplyDelete
  13. salam. sy pula busy nak kurus hahahaha

    ReplyDelete
  14. Mmg dah start kena maintain badan ni.. kesihatan perlu dijaga..

    ReplyDelete


[PENAFIAN]
www.nazlee.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.
Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.