Buka Puasa Buffet Ramadhan kat Bangi ..cari Bangi Golf Resort Restaurant ok !

Sunday, June 08, 2014 PCL 6 Comments



..serius memang rasa telur rebus separuh masak yang biasa dimakan ! , namun tetap ada kelainan yang sangat  menakjubkan dengan citarasa menarik ..ini lah antara menu yang menjadi daya tarikan para bloggers yang hadir untuk jemputan #foodtasting  #Foodreview Buffet Ramadhan semalam di  Bangi Golf Restaurant, Bandar Baru Bangi Selangor .

dengan klik hastag berikut anda juga boleh melihat gelagat bloggers buat review berkenaan hari kejadian.. #bgrmakan #BGRmakan  ~ anda harus tidak melepaskan peluang untuk merasainya di Bulan Ramadhan akan datang, ...bawalah keluarga/kawan-kawan ke BGR's Buffet Ramadhan . ~ Buat tempahan dahulu sebelum ke sana, kalau tak....lepas maghrib belum tentu boleh dapat duduk kerana tempat duduk/meja kebiasaannya pada tahun-tahun sebelumnya sentiasa penuh dengan pelanggan datang dari berbilang bangsa.

aku tak sempat nak review semua makanan sebab lapar..dan tak sabar nak merasa menu terlampau lazat ! duduk semeja bersama keluarga bersembang sambil makan-makan serta mendapat layanan baik oleh staf BGR. 

~Bloggers pon sempoi..layan makan dan beramah mesra !
~Menu Kambing Golek jadi rebutan..itu biasa lah.... kan :)
~kemudahan surau tersedia , yang pasti semestinya selesa !

Telatah mencuit hati oleh Chef Kamaruddin membuatkan suasana begitu meriah. Keramahannya begitu memikat hati... Beliau beri jaminan tentang HALAL, "Halalan Toyyiban" semua jenis menu yang dihidangkan..anggaran jumlahnya melebihi 200 menu pilihan kesemuanya dijamin halal...tudiaaa! Harga bermula pada Rm50 untuk dewasa dan Rm25 untuk kanak-kanak.

Tempahan & Pertanyaan :

Ani (supervisor) 013-2372331 ; Nurul : 019-9630568 ; Farah : 011-2832473 
atau 03-89253728 , website : http://www.bgrrest.com

GPS Coordinates : 2.95716N, 101.76518E

~p/s ..aku guna waze terus sampai depan lobi...datang awal sangat aku park bawah pokok hujung-hujung sikit.. then, ada pulak bloggers skodeng wakakaaa !! 


Terima Kasih daun keladi.
Jemputan blogger oleh Ms Catherine/ PR & Marketing Associate FoodCult (m) Sdn Bhd.  




6 comments:

  1. BERBUKA KAT SURAU PUN BEST JUGAK.. :)

    TAK PERNAH SAYA BERPUKA PUASA KAT HOTEL ATAU RESORT.. :(

    ReplyDelete
  2. Menarik juga ni PCL.. thanks sharing ye.. best.. :)

    ReplyDelete
  3. hi jiran table belakang.... hehehhe

    ReplyDelete
  4. Hari Ahad (hujung minggu ni) kita sefamili nak berbuka di BGR...jom la geng !

    ReplyDelete


[PENAFIAN]
www.nazlee.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.
Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.