Cerita pancing ...nak baca ke?

Thursday, June 05, 2014 Nazlee Ismail 17 Comments

petang semalam lepas pukul 5 , bergegas aku balik kerja awal sikit dari biasa...mak aku tu dah 'gigil' tangan ...haha kan , jangan korang senyum ngata mak mertua aku pulak...dah itu hobinya ...biarlah asal dia bahagia. Dan semoga dia berbahagia selalu hendaknya..aamin .

port pancing biasa, ..air sungai Langat memang cantik (cantik tapi bukan boleh di buat minum ye..haha), memang ramai kaki pancing patin dah ready..., sesampainya kami di situ...nampak beberapa ekor patin dah naik kedarat...emm teruja aku tapi aku bukan nak pancing pun, lagi pun time tu dah nak petang bawa ke maghrib.. aku haya menjamu mata dan berbual ramah dengan kaki pancing saja.. sambil melepaskan gian mak aku dengan hobinya tu..

mak , dia... pancing ikan keli saja kat depan sikit.katanya kalau pancing patin sangkut 3, 4 kilogram seekor.. macam mana nak naikkan ke darat?....haha kan , mana daya tenaga umur 60an tu kan.


tengok tak..bilang tak berapa ekor kesemuanya ??... enam patin dan satu ekor keli...memang terbaiklah semalam punya ..., walau tak pancing bersama namun aku cukup merasakan kepuasannya.

sempat aku tanya kepada dorang ada petua ke...umpan best ke? ..Buah lakum kata salah sorang brader kat situ.. (kat dalam sungai ni banya ikan patin buah...so, makanannya pun buah-buahan la...antaranya yang selalu kaki pancing guna ialah buah yang hidup merayap di tepian sungai) ada juga yang guna umpan palet yang ditambah perisa wangi starwberi... memang ikan best pilih umpan pun yang the best. 

buah lakum..terbaik untuk umpan patin !
Kalau siapa yang alert dengan harga pasaran ikan patin....memang dia akan tahu patin mana yang terbaik . Raja segala ikan , pernah tersiar di akhbar Patin Buah dari Pahang Rm300/kilogram..huh tu dia !!

Patin di sini patin buah ke ?...sama ke spesisnya? ... hanya patin buah makan buah...yes ! itu jawapannya..
Terdapat dua jenis patin kat sini...patin buah dan patin biasa, kata orang-orang yang tau pasal patin... ekor merah tu patin buah dan yang kehitaman tu patin biasa...tapi kalau sangkut mana-mana pun dorang rembat jugak !




Lokasi : Belakang tapak pasar malam jln kunci air / belakang McD/ Banting

macam mana tak gigil tangan beb...tak kan tengok saja ...hahaha ada #kakipancing kat sini, jom la cuba sekali!

#sesekali lepas geram...mau tak jadi ke gym petang-petang dek penangan patin buah ni !
#bila dah lepas maghrib terus kami ke Steam Boat Malaya ~ dapat makan free :)




17 comments:

  1. selitkan gambar dalam entry pancing tu PCL...pasti ramai orang suka..

    ReplyDelete
  2. Wah... Syoknya.. Teringat memori lama.. Masa kecik2 dulu memancing gak tapi kat ayaq ban ja la... Ketagih bika memancing dpt ikan...

    ReplyDelete
  3. AnonymousJune 05, 2014

    memang heaven!

    ReplyDelete
  4. Adoi cemburu cik akak tengok ikan tu uncle.
    Memancing nie memang satu kepuasan eh. Dan memancing mengajar kita erti kesabaran dengan apa yang kita perolehi. Kalau dekat serius cik akak bawa joran mancing sekali.

    Ikan patin sedekah je kat uncle sebab cik akak tak reti makan ikan patin.
    Tolong mancing je hihi

    ReplyDelete
  5. tudiaa..itulah kepuasan buat kaki pancing..besar gabak..hehehe..

    ReplyDelete
  6. wah! besaqnya ikan..puas pncing klu dpt hasil..

    ReplyDelete
  7. terbaik lah...dapat jugak ilmu pancing..

    ReplyDelete
  8. subhanallah...besarnya ikn...meratah sedap nie

    ReplyDelete
  9. aduh banyak ikan dapat..seronoknya ^_^ ...kat mana nie ?

    ReplyDelete
  10. buah lakum tu kita boleh makan ke?

    ReplyDelete
  11. Org yg minat memancing ni, mesti penyabar kan?

    ReplyDelete
  12. Wahhhh!! nak! nak! best tu patin masak lemak cili api pekat2... laporr la plak..

    ReplyDelete
  13. Pancing ikan patin tak apa, dapat hasil isteri pun suka. Tapi kalau pi pancing si-Fatin, isteri mesti merah muka... :)

    ReplyDelete
  14. alhamdulilah..nampak besar juga ikan2 tu...bkn snang nak dpt kna.. ksungguhan dan ksabaran plust minat :)

    ReplyDelete
  15. sebenaRNYA sedikit trauma bila dengar citer pasal memancing ni. teringat kisah kecik2 dulu

    ReplyDelete
  16. AnonymousJune 06, 2014

    bestnyer mancing reramai macam ni..

    ReplyDelete
  17. Fuh.. mmg berbaloi memancing dapat ikan2 mcm tu... seronok bawak balik.. seronok buat gulai.. goreng pun sodap.. :D

    ReplyDelete


[PENAFIAN]
www.nazlee.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.
Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.