Hidup Bermasyarakat ; Muslim Kunjungilah Rumah Allah..

Tuesday, June 03, 2014 PCL 2 Comments


Assalamualaikum...

alhamdulillah, empat puluh tahun lebih sudah menginjak umurku..bolehlah panggil uncle or pakcik kat luar dan kat sini pun  tiada peliknya jika perlu..haha. *nak short form panggil PCL ajer lah..

sering ke masjid... dan selalu jugak bersembang-sembang dengan ahli kariah di sini ; geng masjid Sungai Lang Tengah ni , ....dan semalam tuan imam menyatakan hasratnya..supaya aku ajak reramai kawan lebih-lebih lagi Staf tempat kerja aku (Agensi Angkasa Negara) untuk mengimarahkan masjid paling tidak pun katanya , datang solat berjemaah di kesempatan waktu.

...dan pagi tadi bila singgah beli nasi lemak, seorang Wak ni tegur aku..katanya "tak pernah nampak, ...tuan tinggal di mana?"  dah lama ke duduk sini? .n bla..bla ...di akhirnya katanya 'orang angkasa' ramai orang luar , bukan asal dari Selangor..tengok muka pun tahu ! * (anguk2 kepala..tanda aku tau kat sini ramai muka Jawa suka makan tempe..)

ye lah kan, tak semua orang kampung kita dapat beramah mesra walau aku sudah tinggal bermastautin di sini melebihi 6 tahun. Ada yang sedar dan ramai yang tak perasan kehadiran kami...yang mana nampak batang hidung , selalulah aku bertegur sapa.

teringat tazkirah ustaz imam di suatu subuh beberapa hari lepas... katanya ;

 "Jika sampai umur 40 tahun dan tidak ambil tahu langsung tentang asal kejadian kita, dan kewajiban kita kepada Allah swt dan tidak mahu bertaubat, maka Syaitan akan mengusap dahi orang itu dan gembira dia kerana orang tersebut tidak ada gunanya di dunia dan di akhirat.."

Allhuakbar !!

jadi , dari itu kenalah kita bermasyarakat dengan orang-orang tempatan dan tempat yang terbaik ialah rumah-rumah Allah. ~ sambil bermasyarakat di dunia sambil mendekatkan diri kepada Allah swt untuk bekalan ke akhirat nanti. wallhu'alam

p/s ..tak perlulah tunggu sehingga angka 40 baru nak warm-up bab-bab agama, sekarang pun boleh...selagi sihat . ~ pesanan untuk diri ini.




2 comments:

  1. Timbul rasa seram dan takut dalam hati membaca tulisan akhir PCL tu, moga dijauhkan..

    ReplyDelete
  2. In shaa Allah... t kasih PCL atas peringatan yg sungguh mendalam ini.. sesuatu yg baik utk renungan kita semua... subhanallah...

    ReplyDelete


[PENAFIAN]
www.nazlee.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.
Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.