Jadikan tahun 1435H ini Ramadhan yang terbaik untuk diri kita..

Saturday, June 28, 2014 Nazlee Ismail 9 Comments


...alhamdulillah, semakin kita menghampiri bulan Ramadhan yang mulia mudah-mudahan kita dapat memasukinya terus sehingga berjaya mengakhiri Ramadhan dengan sempurna penuh ketaqwaan kepada Allah swt.

Ahlan Ya Ramadhan-Kedatanganmu dinanti, Pemergianmu ditangisi.

semangat Ramadhan...insyaAllah !



Di kesempatan yang masih ada untuk menanti tibanya bulan umat Islam ini bersamalah kita menanam azam dan tekad serta target apa yang ingin kita capai sepanjang Ramadhan ini terutama peningkatan dalam aspek ibadah, akhlak dan keilmuan kita.


Moga kita semua dapat memanfaatkan kedatangannya yang hanya sekali setahun dan menempuhi madrasah Ramadhan dengan penuh keimanan dan berjaya memperoleh ‘ijazah’ insan bertakwa di akhir nanti. Marilah jua sama kita memanjatkan doa moga kita sempat untuk dipertemukan dengan Ramadhan kali ini , *beberapa minit lagi masuk waktu maghrib dan mula lah kita berjuang hingga ke garisan penamat bulan Ramadhan.



Kita jadikan tahun 1435H ini Ramadhan yang terbaik yang pernah kita lalui dalam kehidupan kita.Ya Ramadhan kami menanti kehadiran mu…!

 Selamat menyambut Bulan yang penuh barakah...

p/s ...makluman kepada semua ; blog list ramadhan masih dibuka...nak join boleh letak/komen kat entri dia. (sini)


9 comments:

  1. Salam Ramadhan Al Mubarak Untuk PcL sekeluarga

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih Lya ; selesai dgn tarawih malam pertama...ramainya org mengimarahkan masjid/surau- surau...alhamdulillah.

      Delete
  2. Selamat menunaikan ibadah puasa buat PCL sekeluarga..
    Maaf zahir dan batin...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih Maria.. Maaf zahir batin jg dari pcl sekeluarga.

      Delete
  3. InsyaAllah, sama-sama kita manfaatkannya...

    ReplyDelete
  4. AnonymousJune 29, 2014

    Alhamdulillah masih berkesempatan bertemu ramadhan.
    Selamat Berpuasa dan menyambut ramadhan.. Semoga puasa kali ini lebih baik dari yang sebelumnya.

    Jemput singgah,
    www.sitiyangmenaip.blogspot.com

    ReplyDelete
  5. Salam Ramadhan buat PCL sekeluarga. Selamat menjalani ibadah puasa dgn ceria.. :)

    ReplyDelete


[PENAFIAN]
www.nazlee.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.
Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.