Keharmonian dipupuk ; perbetulkan keluarga sendiri .

Tuesday, June 10, 2014 Nazlee Ismail 16 Comments

Dalam abad ini, kemajuan sains dan teknologi menjadi tunggak sesebuah negara. Kecintaan kepada material seolah olah sudah merangkum kehidupan yang unik dan serba mencabar. Kerana kemajuan yang semakin pesat menjadikan setiap kita semakin ghairah mengejar kebendaan, menuju ke satu pencarian yang tidak ada batas sempadannya.

Kecintaan kepada material menjadikan kita lupa bahawa cinta hakiki kepada Tuhan Pencipta, kepada diri sendiri dan kepada keluarga akan semakin tipis dari hari ke hari.

Peperangan yang menggila, permusuhan sesama saudara, pencemaran udara global, perkahwin tanpa nikah, hubungan seks sesame jenis sepertinya sudah membelakangkan fitrah manusia sejagat. Fitrah yang sebenarnya bagi insan di dunia ini adalah bersifat mengasihi, menyintai sesama insan secara rasional tanpa pengaruh luar yang kotor dan membinasakan.

Tanpa kawalan dan tanggungjawab yang berat semuanya akan menjadi melarat, maka tanggunjawab ini terletak pada kita semua, kita harus meneliti dan mengkaji dari semua sudut untuk kesejahteraan bersama.



Ibu bapa mengeluh mengapa anak-anak mereka terlibat dengan kegiatan yang kurang sihat. Melarikan diri dari rumah, merokok, menagih dadah, melacur, melawan cakap orang tua malah yang lebih sinis di masa ini ialah….menganggap ibu bapa mereka lebih kolot , tak sporting langsung !. ~ nauzubillah.

Ketika inilah setiap ibu bapa harus dan mesti menoleh ke belakang untuk mencari sebab di mana silapnya, di mana punca segalanya. Apa yang harus direnungkan sekarang adalah gejala pengaruh luaran yang begitu menusap ganas datang dari pelbagai arah …dahulunya negara barat dan kini tidak kira lagi arahnya semuanya berpengaruh begitu bebas berleluasa.

Pelbagai peringkat umur sama ada berpelajaran rendah atau tinggi, bekerja atau menganggur, apa lagi golongan yang jahil, … semuanya berkapasiti tinggi untuk dipengaruhi. Moral dan akhlak tidak punya erti apa apa, tanpa usaha penekanan yang gigih dan memeliharanya maka kita akan sedikit demi sedikit merobohkan kubu kehancuran bangsa kita sendiri.

Pendidikan agama dan akhlak mulia tidak boleh dianggap mudah, terutama di masa kesemua kita sedang sibuk mengejar kemajuan ekonomi dan kemewahan hidup yang lebih bergantung kepada kebendaan.

Sebelum semuanya menjadi suatu yang merugikan, kita harus meneliti dari segala segi terutamanya keluarga kita sendiri. Keharmonian dipupuk bermula dari rumah..kita perbetulkan keluarga kita sendiri.

Seseorang itu tidak kelihatan bahagia jika anak-anaknya derhaka dan rumah tangganya kucar kacir , tidak ada gunanya menyalahkan orang lain , kita perlu meneliti dari mana punca segalanya.

#...Tidak ada dalam kamus kebahagiaan kecuali satu kata iaitu REDHA dengan ketentuannya.




16 comments:

  1. betul tu. segalanya bermula dari rumah...

    ReplyDelete
  2. setuju tu PCL,harap saya jugak boleh mendidik anak-anak dengan betul insyallah..

    ReplyDelete
  3. pada pendapat aku laa kan..ibu bapa nie kadang-kadang, mereka tak boleh terlalu tegas dalam mendidik anak2..sometimes mereka harus balance antara menjadi parents dan menjadi sahabat kepada anak..aku ada sorang kawan yang mak dia kadang2 anggap anak dia macam kawan jadi jika ada sebarang masalah anak dia tak kekok untuk berkongsi cerita walaupun masalah tu sebanarnya masalah remaja...

    Regards,
    -Strider-

    ReplyDelete
  4. keharmonian rumah tangga adalah dari ibubapa itu sendiri bagaimana membentuk keluarga yang harmoni dalam pelbagai segi..apepun biarlah berserdahana dari segi material tu.kalau nak kejar semua masalah lain pulak jadinya dengan zaman yang mencabar ni..apepun boleh berlaku even tidak diajar sebab terlalu banyak pendedahan teknologi.

    ReplyDelete
  5. Ketegasan boleh diseimbangkan.. Tapi ketegasan dalam ilmu agama tak boleh kompromi dengan anak-anak. Sebab dengan pegangan tu akan membentuk peribadi dan batasan yang tak terlihat nanti.

    ReplyDelete
  6. Didikan dari kecil dirumah..+ didikan guru2 + pemantauan bersama masyarakat..Insya Allah aan lahirkan masyarakat harmoni

    ReplyDelete
  7. Betul tu PCL... Penulisan yg sungguh bermakna utk renungan bersama...

    ReplyDelete
  8. Tq PcL sudi berkongsi cerita...sama2 kita renungkan sama2 muhasabah diri ..

    ReplyDelete
  9. memilih pendekatan sebagai kawan.. kadang perlu bertegas dan begitu la sebaliknya

    ReplyDelete
  10. Setuju dgn pendapat PCL tu.. cabaran skrng mmg berbeza.Manusia berubah akibat suasana sekeliling, begitu juga dgn anak2 kita klu tak difahami apa yg mereka serap dari rakan sebaya dan sebagainya..
    Semoga ia sentiasa menjadi renungan dan peringatan buat kita semua..

    ReplyDelete
  11. Betul... Sokong.. semua bermula dari umah...
    sebab tue kena bai didikan yang terbaik untuk anak...

    ReplyDelete
  12. YE.. DIDIKAN KEPADA ANAK-ANAK BERMULA DARI RUMAH KITA SENDIRI..

    ReplyDelete
  13. setuju! lgipun zaman sekarng xsama dgn zaman dulu..sekrng byk sgt elemen2 yg menular di mlysia..kita sndri mmg kna pndai jga diri..huhu..

    ReplyDelete
  14. Keluarga nadi hidup.. kena didik anak2 utamakan kluarga.. insyallah. .

    ReplyDelete
  15. AnonymousJune 11, 2014

    jadikan rumah sebagai syurga buat keluarga kita...

    ReplyDelete
  16. segalanya bermula dari rumah....

    ReplyDelete


[PENAFIAN]
www.nazlee.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.
Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.