Mak Mertua vs Anaknya..

Sunday, June 01, 2014 Nazlee Ismail 5 Comments

[gambar sekadar hiasan blog ni..keredit google]


"mak nak guna santan kelapa ...takmau santan kotak !" ..

"mana best santan kotak ...takdak power !" ...

"santan kotak tak cukup lemak"   (*antara dialog my mak mertua di dapur pagi ni..)


"laaa...mak nak tau dak, kami guna santan kotak ja dari dulu..."

"ni ha ,  siap ada lable bebas kolestrol lagi "..

"jamin bersih mak .."

"lemak jugak rasa dia mak....macam biasa ja pun"    (*antara dialog mamaD..)


"nasik lemak kurang lemak tak sedap lah !"..

"Lie ...beli kat mak kelapa parut ...mak perah sendiri sat lg"..  (*my mak mertua sambung dialog lagi..dengan arahan ;))


..tak mau campur bab anak beranak masak kat dapur, sebagai menantu akur dengan kehendak mak... terus pi kedai beli santan dan barang lain yang dipesan...walau dalam peti dah ada siap beli santan kotak.

jadi, kalau anda lah ye.... yang memang #kakimakan punya orang, boleh perasan ke yang mana satu masakan guna santan asli atau santan segera di pasaran ? (soalan 1)

dan apa pilihan anda jika diberi pilihan untuk memilih samada santan asli atau santan kotak ? (soalan 2)

#setiap kali nak masak yang berunsurkan santan lemak..inilah masalah yang timbul antara depa anak beranak hihih..

alasan mamaD, dia pilih santan kotak sebab 'bebas kolestrol dan bersih' sebab suaminya ini dulunya pernah buat medical check-up ;   kolestrol tinggi kata doktor tapi dah krmbali normal sekarang sebab sentiasa jaga makan...... , my mak mertua pulak....dia tak ada alasan cuma bertegas nak mengekalkan rasa keaslian masakannya...

pum pang..pum pang kat dapur bunyi kuali kat dapur...tup-tup dah siap terhidang atas meja untuk sarapan kami pagi ini...

Tu dia !!...Nasi Lemak Daun Sekentut... jangan anda pelik kepada namanya tapi rasanya cukup-cukup sedap !  makan bersama dengan lauk  sambal sotong, telur rebus dan ikal bilis goreng ...walahhh.

Yeah.. baunya memang sedap 











5 comments:

  1. SANTAN KOTAK KE, SANTAN PARUT KE, JADI JUGA NASI LEMAKNYA.. :)

    ReplyDelete
  2. Wah enaknya..daun sekentut tu dpt mana?
    Ada jual kt psar ke?...

    Elok benarlh jual nsi lemak daun sekentut dgn daun lemuni..
    pasti terlajak laris..

    ReplyDelete
  3. PCL.jangan pening dengan generasi Baby Boomers ni. mereka ni tetap dengan tradisi dan akan pertahankan pendapat mereka tentang ke"lemak"an nasi lemaknya itu. kita ni golongan generasi X atau Y kena faham dan selam dunia mereka supaya ada keserasian dan tiada konflik, hee

    ReplyDelete
  4. macam2 hal. Haha.

    Jap , terliur nampak Nasi Lemuni kan kan kan... oh tidak!!!

    ReplyDelete
  5. Klu saya bila dah nampak makanan mcm tu, dua2 santan pun ok je PCL... sungguh menyelerakan.. :)

    ReplyDelete


[PENAFIAN]
www.nazlee.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.
Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.