Mengajak pergi ke masjid mencari rahmat Allah swt..

Friday, June 13, 2014 Nazlee Ismail 13 Comments


Assalamualaikum wbt..muslimin dan  muslimat !

...orang yang selalu terlibat dalam kegiatan masjid akan memperoleh nilai dari ayat yang muhkamat, memperoleh teman yang lurus, ilmu yang benar, rahmat yang ditunggu-tunggu, memperoleh kalimah yang bermanfaat dan mendapat taubat yang tulus..,  oleh itu dekatilah masjid dan orang-orang di dalamnya..

Mengajak anda dan diri ini pergi ke masjid mencari rahmat Allah swt ; mendekatkan diri kepadaNya .

Ramadhan semakin hampir , ramai dikalangan kita akan memanfaatkannya untuk memulakan perubahan dalam diri terutamanya sesuatu yang ke arah  lebih baik dari sebelumnya..

Kalau siapa yang masih belum ada permulaannya, mulakan lah hari ini...kerana setiap perubahan itu perlukan permulaan. Jangan bertangguh...kelak diri sendiri yang rugi , ..beribadatlah selagi badan punya kudrat masih sihat dan kuat.

Jagalah perintah Allah, perkenalkan lah diri kepada Allah,  ketika kita dalam keadaan longgar nescaya Dia akan mengenali pada saat kita dalam kesusahan. Minta lah kepadaNya.

Jadilah orang yang bahagia.., orang yang bahagia adalah orang yang mengambil pengajaran daripada hari kelmarin, menghalang dan mengawasi terhadap diri sendiri, menyiapkan diri untuk alam kubur dan selalu berasa diawasi oleh Allah baik pada saat terang terangan mahupun tersembunyi..

wallhualam.

program tazkirah ini tidak disiarkan di mana-mana chanel tv ...harap maklum !





13 comments:

  1. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  2. Selamat menunaikan solat Jumaat PCL dan rakan-rakan semua..

    ReplyDelete
  3. Salam Jumaat PCL... Perkongsian yang bermanfaat :))

    ReplyDelete
  4. alhamdulilah..semoga diri kita lebih dekat dengan masjid sepanjang bulan ramadhan yang bakal menjelma tidak lama lagi

    ReplyDelete
  5. Terima kasih, PCL kerana saling mengingati. :)

    Tiba-tiba rasa rindu pulak nak berterawih di masjid. Insyallah, harap dapat bertemu Ramadan lagi. :)

    ReplyDelete
  6. terima kasih kerana selalu mengingati ^_^

    ReplyDelete
  7. Ramai yg rajin ke masjid/surau untuk solat sunat tarawih, tapi bila solat wajib 5 waktu malas pula ke masjid/surau... Mungkin kerana ramai yg lebih teruja dengan tarawih yg cuma datang sekali setiap tahun??

    ReplyDelete
  8. SEGAK BERGAYA DENGAN BAJU MELAYU.. :)

    APA-APAPUN, TAZKIRAH YANG BAIK..

    ReplyDelete
  9. X ramai yg suka bersolat d masjid termasuklah Jm huhu perlu kuatkan diri untuk berubah sedikit demi sedikit

    ReplyDelete
  10. In shaa Allah... aamiin. T kasih atas peringatannya PCL.

    ReplyDelete


[PENAFIAN]
www.nazlee.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.
Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.