Perancangan Ramadhan; Gandakan amalan dengan bersedekah.

Sunday, June 29, 2014 PCL 7 Comments


..maaf ye kawan-kawan yang singgah sini ; aku harap apam balik gambar bawah ni takda lah sampai membuatkan anda terleleh air liur..haha..

Apam Balik jer Ponnn  !!  sabar ea..


Sedekah apam balik pun OK apa..!


tazkirah subuh tadi, aku nak berkongsi di sini semoga memberikan manfaat kepada kita semua insyaAllah..

tazkirahnya macam ni , aku tulis balik apa yang aku faham dari penyampaian al ustaz .. ;

"dah mula ramadhan ; mulakan dengan perancanga buat sedekah dalam diri setiap orang..., setiap hari mesti ada sedekah yang mesti kita akan buat, ..."

ustaz bagi contoh ; dengan beli / buat apam balik hari ni (sebelum berbuka) kita bungkuskan dan singgah ke rumah jiran tetangga , berikannya sebagai juadah untuk berbuka.. , kalau jiran kita tu kaya raya dari kita..kita kata padanya "ini hadiah dari saya" , untuk jiran dikalangan asnaf/miskin/sama dengan kita.... kita kata "ini sedekah untuk juadah berbuka" ..

Perancangan kita adalah untuk mendapatkan pahala sedekah (memperbanyakkan amalan/pahala) iaitu dengan mengharapkan setiap orang yang berpuasa itu makan dari hasil pemberian kita tadi ...pahalanya akan dapat kepada kita. (memberi makan orang yang berpusa itu besar pahalanya). Kalau seisi rumah tersebut memakannya..alhamdulillah .

pss... ; kita ni bukan tahap Wali Allah  ; itu pasal setiap apa yang kita buat adalah hanya mengharapkan pahala dari Allah swt untuk di bawa ke mati.. ; para Wali Allah , mereka beramal semata-mata untuk mendapatkan keRedhaan dan Rahmat Allah swt...jauh beza dengan kita-kita yang biasa ni.  wallhua'alam.

okay...nanti, kalau la ke bazar ramadhan...beli lah untuk jiran sama :) . Tak perlu beri banyak/mahal...namun ikhlasnya tetap ada.

kalau masak sendiri laaagi bagus !

#perancangan hari ke hari dan kalau boleh biarlah berterusan ..target banyak mana anda mahu bersedekah ?, hanya anda yang tahu !.




7 comments:

  1. In shaa Allah PCL.. perkongsian yg bermanfaat utk renungan sblum berbuka ni..

    ReplyDelete
  2. subahanallah..betul-betul..selamat bebuka puasa untuk pcl sekeluarga..

    ReplyDelete
  3. AnonymousJune 29, 2014

    sungguh. besar kecil pemberian tak payah fikir. janji kita memberi. soal ikhlas ke tidak ke nak menunjuk ke suka hati yang itu antara pemberi dgn Allah :D

    ReplyDelete
  4. Semoga tangan yang nak memberi ni lebih ringan lah ye..

    ReplyDelete
  5. perkongsian yang baik..insyallah.sama-sma la kita bersedekah dan beramal di bulan puasa nie

    ReplyDelete
  6. subhanallah... terima kasih atas ingatan ini.. baik.. hari hari mau sedekah dan beri hadiah.. hanya di bulan ini sahaja segalanya digandakan..

    ReplyDelete
  7. asalkan niat ikhlas kan PCL..:)

    ReplyDelete


[PENAFIAN]
www.nazlee.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.
Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.