Bab Rumah Tangga : Cari kebahagiaan .

Thursday, July 10, 2014 PCL 10 Comments


Kebahagian sesebuah rumah tangga itu bukan saja terletak di bahu suami, isteri juga patut sama sama menjaga kepentingan rumah tangga yang dibina atas dasar yang dituntut oleh Islam.

Memang digalakkan oleh Islam, seorang suami itu mencari jodohnya di kalangan wanita yang baik. Baik yang dimaksudkan ialah isteri yang solehah yang memiliki budi pekerti yang baik serta patuh kepada suami sebagaimana menjalankan ajaran serta tuntutan yang terkandung dalam kitab Al-Qur'an .

Seorang isteri hendaklah sentiasa menjaga maruahnya, rahsia dalam rumah tangganya. Ini kerana dia adalah hak suaminya dengan mentaati Perintah Allah dan ajaran Rasul.

Ramai sudah maklum tentang tanggungjawab isteri, boleh dikategorikan berat tanggungjawabnya kerana ia tidak habis sepanjang hari dan waktu, sejak bangun pagi hingga ke tidur malam. Tanggungjawab seorang isteri itu akan bertambah berat lagi apabila mereka dikurniakan anak pula.

Saat kebahagiaan akan bertambah-tambah apabila hadirnya cahaya mata penyeri rumah tangga. Kebahagian akan lebih terasa jika kedua dua suami isteri mengambil peranan bersama. Membahagi tugas untuk membesarkan anak .

Setiap pasangan suami isteri perlu mencari bahagia, bahagia bukan datang begitu sahaja..
Kebahagian hendaklah berteras kepada nilai-nilai yang diredhai oleh Allah swt.

Carilah bahagia...setiap pasangan pasti menginginkannya. Adakalanya mudah dan penuh dengan kekangan dan ada juga mereka lalui tanpa dugaan besar...

...semoga kita semua nampak jalan-jalan untuk menuju bahagia dengan Redha Allah swt.

wallahua'lam










10 comments:

  1. Assalamualaikum PCL, dah berbulan tak dtg jenguk sini.. Selamat berpuasa..

    ReplyDelete
  2. den xkawin ag..
    tpy ayie tgok dri umi and ayah perlu bnyk toleransi..
    baru rumahtngga akan bhgia dan lapang jer tgok

    ReplyDelete
  3. ye betul tu..suami isteri memainkan peranan masing masing dalam kebahagiaan rumah tangga.. :)

    ReplyDelete
  4. setuju sebab kedua2 memang kena saling memainkan peranan

    ReplyDelete
  5. buat blog boleh bahagia tak...?

    ReplyDelete
  6. Kita sebagai suami isteri kena saling memainkan peranan bersama ..alamak ayat Lya tak betul jer ..hehehe kana saling apa tuuu ..Hehehe takper la ayat blogger hahhahaha .. Kita ni kena la bantu membantu tlg menolong nasihat menasihati dalam sesebuah rumahtangga baru la bahagia ..Nak bahagia kena la bertolak ansur sesama kita ..Alanngkah bahagianya dpt pasangan hidup yg memahami ..dapat pulak ana2 soleh dan solehah ..Alhamdulillah syukur syukur ,..Sama2 kita mencari bahagia dalam alam rumahtangga.. Selamat berbahagia PcL & MamaD ..Salam tuk Nina MamaD & Hanis ya... Salam Ramadhan..Selamat Berbuka ..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waaa panjang ler pulak ..tak sedar diri plak bila org bagi komen huhuhu..Sorry eaa PcL banyak makan ruang ,,..

      Delete
  7. Sokong sangat suami isteri mesti saling faham memahami peranan dan tanggungjawab masing, suami perlu menjadi nakhoda utk kemudi rumshtsngga ke jannah. Sentiasa berdoa agar bertemu bakal suami yg soleh dan perbaiki diri agar menjadi lebih solehah. Dunia bukan matlamat tetapi akhirat yg kekal abadi

    ReplyDelete
  8. Tanpa faham memahami & bertolak ansur mmg takkan jadi lah dlm adat berumahtangga ni kan... Semoga kita semua beroleh kebahagiaan dunia & akhirat... aamiin...

    ReplyDelete


[PENAFIAN]
www.nazlee.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.
Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.