Bab Rumah Tangga : Masakan kegemaran keluarga..

Sunday, July 13, 2014 PCL 17 Comments


AKU rasa ada dikalangan anda adalah isteri dari wanita yang bekerjaya..mana kan ada cukup masa nak memasak bagai...kan, lagi-lagi korang yang tempat kerja jauh dari rumah..nak redah traffic jam lagi, balik pon dah sampai rumah pukul berapa entah ...penat pon tak hilang lagi nak masuk ke dapur pulak iyer dak..

meh PCL nak kongsi sikit...*suara mewakili suami mungkin ada persamaannya....

MASAKAN KEGEMARAN suami tak semestinya kena sediakan hari-hari..ulang masak sesekali pon tak apa, janji dia tau yang korang memahami selera kesukaannya...kalau tak tau masak, pon bukan jadi masalah...janji korang ada kemahuan nak belajar.....senang je..macam ni caranya ;

# Tanya mak mentua dulu *(jangan segan pulak!) , "anak emak ni suka makan lauk apa?" *(suami pula selalu akan kata.."tak kesah la sayang masak apa pon abang makan je..")
okay..belajarlah masakan kegemaran suami tu walaupon korang tak berapa gemar..jangan ikut mulut korang aje..

# Kalau dah selalu sangat makan kedai, tengok-tengok la sama suami cedok lauk apa..
Lepas makan , balik kat rumah nanti boleh la intai-intai dalam buku resipi *(google je ..)

# Cuba sempatkan masa di hari minggu masak untuk suami ...kelamaan nanti jadi pandai la memasak
masakan kesukaan dia..

# Masak di dapur bersama-sama *(guna ayat power sikit masa ajak suami tu..haha)..bila berada kat dapur, baru suami tau bertapa susahnya nak sediakan makanan kesukaannya..ajar sampai pandai , kalau dah pandai..tau masak....mintak la suami masakkan  untuk korang pulak. *(cakap la nak test rasa masakan dia pulak.. ,  kalau dia tak tau jugak..jadi lah kalau dia tolong temankan kat dapur... dah cukup memadai tu....membahagiakan jiwa!)

Ini satu peringatan mesra ; jangan selalu ingat dalam kepala...asal masak sudah...lepas tanggung jawab hari ni. Terima teguran suami dengan hati yang ikhlas dan berusaha untuk memperbaiki lagi kualiti masakan tu..

Bersabar dalam mencari bahagia..

Bawah ni ada senarai makanan kami sekeluarga mengikut kesukaan memasing ; khusus untuk IFTAR bulan Ramadhan tahun ini...Alhamdulillah. sudah 15 hari Ramadhan ..sebahagian menu sudah disediakan bersama ;

PCL
  1. Bihun goreng 
  2. Mee goreng mamak
  3. Nasi lemuni mamaD
  4. Nasi kandar kambing
MamaDiana
  1. Nasi Ayam stim
  2. Bihun Sup soto
  3. Laksa goreng berlada
  4. Moi sup (bubur nasi berlauk)
  5. Serawa durian
Nina
  1. Nasi pattaya & tomyam
  2. Nasi goreng USA
Hanis
  1. Murtabak mee segera (jenama SEDAP) & Roti canai
  2. Koew teow kungfu
  3. Char koew teow
  4. Telur masak kicap & nasi putih
  5. Daging masak merah & nasi putih
char koew teow 
mee kuah
keow teow bersalut telur utk kuah hokian
mee kungfu
murtabak mee segera
nasi lemuni
koew teow goreng 
pulut serawa durian
laksa goreng





17 comments:

  1. Salam Ramadhan PcL..Mak aii bestnyerrr ..Ni dah buat diri terliurr dah nie ...Kak Hanis punya kesukaan sama la ngan Adik Insyirah Kak Nis ..hehehe ..Boleh geng ngan Insyirah nie ...Wahh mesti best masak2 ngan MamaD kat dapur nie .. Keluarga Bahagia ..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Lya ; ..hr ni ktorg xmasak..dpt jemputan berbuka kat rumah MIL ..eh sama plk ye menu kak nis dgn adk Insyirah tu..ikutkan aje..

      Delete
    2. Eh MIL pulak... SIL lah kat Sepang...kabg silap sebut kecih hati bila terbaca komen ni..

      Delete
  2. Alhamdulillah..meriah..rezeki ramadhan..syukur..citarasa suami isteri yang tak sama itu ujian buat isteri..isteri yang baik..akan berlapang dada senang hati memasakkan makanan kegemaran suami..bukan dedah dada ye..itu bermakna hadiahkan neraka buat suami..hehe..yang sempit jadi lapang,yang sikit jadi banyak,yang payah jadi senang..kalau suami isteri itu tahu niat asal mendirikan rumahtangga..

    ReplyDelete
  3. Amboi banyaknya makanan...sedap sedap pulak tu....Alhamdulillah. Bersyukur kita berada di bumi bertuah ni....

    ReplyDelete
  4. sedap semua....berhati2...terlebih karang dapat penyakit

    ReplyDelete
  5. salam. wahhhh sedapnya menu!

    ReplyDelete
  6. aaaa..meriah nyerrrrrr makan....!

    ReplyDelete
  7. amboiiii....banyaknyerrr.....nak pergi berbuka puasa sekali boleh?hihihi

    ReplyDelete
  8. Setuju bab belajar masak menu kegemaran suami. Kak Azie dulu langsung tak reti Gulai Lemak Cili Padi (sebab kami orang utara, gulai bagi kami adalah kari). Tapi bila dah belajar sungguh-sungguh, sekarang ni, hujung jari jer!

    ReplyDelete
  9. Amboi! Semua yg kat atas tu, air tangan sendiri ke? Kelass!

    ReplyDelete
  10. BULAN-BULAN POSA NI TENGOK MAKANAN,, PERGHHHH..

    ReplyDelete
  11. Nasi lemuni! Nostalgia tu...

    PCL dalam kesibukan memang banyak yang perlu dikorbankan oleh isteri terutama waktu rehat. Aina mula2 kahwin buat gulai tempoyak ikut suami ajar sekali rupanya dia bagi ajaran sesat lepas tu dok komplain kenapa tak jadi macam mak mertua masak. Akhirnya balik Perak belajar dengan arwah mak mertua, buat gulai tempoyak dan gulai taucu skrg dua2 makanan kegemarannya dah terpaksa dilupakan sebabnya dia kena gout.

    ReplyDelete
  12. amboi terliur yaya. hehe datang dan follow pcl :)

    ReplyDelete
  13. Wahh sodap... nasib baik tengok lepas bersahur. Perut masih kenyang... :D

    ReplyDelete
  14. Mesti PCL dari kategori lelaki yg pandai masak kan! Semua nk sedap menu2 tu

    ReplyDelete
  15. mendatangkan kelaparan..T_T hahaha..
    taw citarasa masing2 salah satu cara nak eratkan hubungan kan..:)

    ReplyDelete


[PENAFIAN]
www.nazlee.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.
Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.