Bab Rumah Tangga : masih banyak perlu dipelajari..

Monday, July 14, 2014 PCL 10 Comments

Keluarga adalah merupakan guru terawal bagi anak anak, keluarga jugalah yang paling banyak mempengaruhi anak anak.

Segala sesuatu itu semuanya bermula dari rumah di mana ibu bapa yang menjadi cermin diri kepada anak anak.

Keluarga banyak mempengaruhi kanak kanak dan remaja hinggalah mereka dewasa.
RAMAI yang kita perhatikan sekarang ini, kepincangan keluarga telah memberi impak besar terhadap perkembangan seseorang.

Memang begitu berat rasa tanggungjawab ibu bapa terhadap anak anaknya..., sejak dari dalam kandungan lagi zuriat harus dijaga dan dipelihara dengan baik. Apabila sudah lahir ke dunia bertambah berat lagi tanggungjawab yang wajib digalas oleh ibu bapa. Selain dari menyediakan tempat tinggal dan makanan yang berkhasiat untuk anak anak, ibu bapa juga harus tahu menjaga dan mendidik anak anak demi masa hadapan mereka.

Kasih sayang  harus diberikan demi menjaga kestabilan emosi anak anak. Peratusan tinggi anak anak dewasa yang sihat fizikal dan mentalnya adalah  tergolong dari mereka yang ibu bapanya mengamalkan layanan serta kasih sayang yang seimbang .

Asas kekeluargaan yang kukuh dapat membantu anak anak mengseimbangkan antara dunia realiti dan fantasi. Mereka dapat membezakan yang mana baik dan sebaliknya.

Kalau kita lihat dunia maju sekarang ini, cabaran untuk  mendidik anak adalah satu tamparan hebat kepada ibu bapa muda yang masih baru kenal dunia kekeluargaan.

ILMU KEIBU BAPAAN adalakanya diwarisi dari orang terdahulu dan ada masanya perlu dicari dan dipelajari walau umum tahu bahawa ilmu tersebut tidak pernah termasuk dalam subjek khusus di  sekolah sekolah.

Kalau dapat luangkan masa membaca dan menyingkap kembali sirah Rasulullah saw dan menjadikannya contoh setiap sisi kehidupan termasuk dalam ilmu kekeluargaan rumah tangga. Maka itu adalah contoh terbaik yang perlu diamalkan.

Ilmu rumah tangga masih banyak perlu kita pelajari..


10 comments:

  1. Cantik akhlak ibu bapa..molek peribadi anak..kerana anak anak melihat tingkah ibu bapanya,, mendengar tutur kata ibu bapanya dan merakam segalanya..hitam atau putih memori yang tersimpan..ibu bapa pencorak pertama..ikutlah cara Rasulullah mendidik..

    ReplyDelete
  2. Anak2 bagai kain putih ibu bapa yang perlu mencorakkannya..bila dah besar ibu bapa perlulah jadi kawan,sahabat kepada ank2 supaya mereka tidak terpengaruh dengan benda tak elok

    ReplyDelete
  3. Bukannya mudah, cabarannya sangat besar..:(

    ReplyDelete
  4. setuju dengan PCL..memang betul tu...keluarga adalah guru awal yang mendidik dan mencorak anak2..baik didikan ibu bapa, baik contoh yg diberikan drpd ibu bapa, insyaAllah baik juga laa anak2 tu nanti...

    ReplyDelete
  5. Betul tu. Didikan agama yang diberikan oleh ibu bapa sejak kecik juga penting dalam membentuk akhlak anak-anak. Anak-anak ada bermacam ragam, jadi ibu bapa juga perlu kreatif dalam menangani masalah berkaitan anak-anak. Didikan yang betul sangat penting dalam membentuk akhlak anak-anak.

    ReplyDelete
  6. Kehidupan ini adalah satu perjalanan & belajar itu satu drp cabangibadah. Kita semua masih belajar... dlm menjalani kehidupan, kita belajar utk ke arah kebaikan yg diredhai. T kasih atas perkongsian yg bermanfaat ini. Slmt berpuasa buat PCL sekeluarga... :)

    ReplyDelete
  7. Bukan mudah untuk membentuk sebuah keluarga yg bahagia hingga ke jannah setiap ahli dlm keluarga perlu ada ilmu kekeluargaan dan memahami peranan masing2

    ReplyDelete
  8. Ilmu Alam pon jangan lupa bro!

    ReplyDelete
  9. awek cantik tu sape? eh tibe-tibe.

    ReplyDelete
  10. bukn mudah didik anak zmn Y2K ni kan Encik Nazlee?

    ReplyDelete


[PENAFIAN]
www.nazlee.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.
Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.