Bila Aircond Kereta Perlu Diservis..?

Wednesday, July 16, 2014 PCL 18 Comments

Nak balik kampung...nak jalan jauh baru teringat nak buat pemeriksaan kereta..servis la tuuu !!

Kelmarin pcl dah buat aircond kereta bagi sejuk....tapi takda la sampai tahap beku huhu..

Terkejut jugak formen kereta tu... dia kata aku pakai sampai habis gas..kosong ! ..dia nak servis tapi aku tak kasi...aku cakap gas habis sebab aku guna kesemuanya sampai limit 5 tahun tapi dah over..then dah tentu habis langsung kan..dan tahun ke 7 dah usia kereta aku tu....

Please ye kawan kawan terutama driver wanita..jangan hanya pandai start hidup enjin..hidup aircond ...rasa sejuk then happy forever.. hurmm tak ada masalah ok la.

Aku nak kongsikan ; tanda tanda aircond perlu dihantar servis :~

© Bila ON aircond enjin kereta terasa 'berat' nak bergerak.

© Bila ON aircond sekejap rasa sejuk dan sekejap tak rasa..angin saja.

© Bila jalan jauh...2,3 jam perjalanan aircond buat hal..keluar angin  bau tak fresh.

© Bila ON aircond,  kipas radiator berpusing perlahan / tak pusing.

INI lah masa yang sepatutnya servis ~ lepas servis aircond pasti anda rasa kelainannya.

Sila ajak suami anda atau anda sendiri buat servis aircond 2@3tahun sekali *(ni utk kereta usia lebih 2 thn).

Kos untuk servis tak mahal sampai
ratusan ringgit..itu kalau tak ada parts yang perlu diganti....biasanya tak perlu ganti barang kecuali kebocoran berlaku pada radiator cooling coil.


18 comments:

  1. Terima kasih... baru tahu ni

    ReplyDelete
  2. nak balik kampung tak lama dah..keta kita blom servis lagi ni..haha..

    ReplyDelete
  3. sy pon penah gak gantikan econ 2x kot utk kete dh usia 5tahun...skrg dh naik ke harga econ? 60 ke?

    ReplyDelete
  4. salam. hehheh sy tak bawak kereta :D

    ReplyDelete
  5. baru ja servis ekon awal bulan 6 ritu...sekejap je puasa kan..dh nak balik raya dah...

    ReplyDelete
  6. Ooo.. Baru tau. So far, saya punya aircond ok lagi.. Sejuk..

    ReplyDelete
  7. Dah terlambat. Kereta sy dah 7 thn jgk. La ni cooling coil problem. Same case. Masuk kete, on n rs sejuk, hati senang. Rupanya ekon menderita. Huhuhu!...Terbang 8rat lbh. Sobsss!

    ReplyDelete
  8. bagus tips ni bila nak raya... hehe... ada member pakar dlm hal ni.. nak isi gas berpada pada katanya... jgn pikir nak sejuk je... sebaiknya service ikut cara yg betol... kalau nak sejuk tahap beku pon blh buat.. cuma lebihkan lequid dlm pengisian gas... mmg tahap beku lah sejuknya... tp keburukkan dia saluran paip compresor aircond mudah tersumbat dan bocor sbb ais dah memenuhi ruang saluran gas tu... dan cuna perhatikan knp meter gas tu ada 2??? jawapannya ada kat situ...

    ReplyDelete
  9. Aircond kereta Hyundai saya dah 9 tahun, belum pernah servis tapi masih sejuk. Hari tu tanya kedai aircond dia nasihatkan tak payah servis dia takut bila servis banyak part yg rosak dan kena ganti. Katanya tunggu saja sampai aircon rosak, tapi jangan lupa sediakan RM1,000++ utk spare part...urghhhh..

    ReplyDelete
  10. tq share PCL...ika pun kadang2 tak aware perkara ni...sebab mmg tak tahu pun bila kena service aircond yg sepatutnya..biasa kalau nak service kete just suruh dorang check fully je the whole condition.. :)

    p.s invest smart, dove n churps :)

    ReplyDelete
  11. thanks for sharing PCL. info yg sgt berguna ni. baru je servis aircond kereta kami. itupun kebetulan husb yg bawak, aircond xde rasa ape, angin panas je. nasib baik jugaklah dekat dgn bengkel kawan kami. hehehe

    ReplyDelete
  12. betul la saya pn br cek acond

    ReplyDelete
  13. Waaaaaaaaa dapat belaja sesuatu dr PCL.. Good info..
    Betul ke tak mahal???
    Sbb takut kene tipu..
    huwaaa pnah kne tipu mentang2 kite fomfuan..

    ReplyDelete
  14. ooo saya baru tahu
    selama ni main lanyak aje...hehe

    ReplyDelete
  15. aku nyer ekon baru servis last year.... :D

    ReplyDelete
  16. yg husna taw bila naik keta air cond tak rasa sejuk.. haa itu mmg dah kena servis..:D

    ReplyDelete
  17. kereta baru lagi so belum kena service hihi...

    ReplyDelete


[PENAFIAN]
www.nazlee.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.
Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.