Meriahnya kalau...

Sunday, July 27, 2014 PCL 4 Comments

Pagi ni ke pasar Taman Ria Sungai Petani...beli ayam, santan dan kerisik..

Harga ayam proses rm7.80 sekilogram..beli 3 ekor, aku tak sempat nak rakam gambar kesibukan rakyat taman sekitar sibuk membeli belah..

Okay pulak hari rezeki murah...dapat diskaun ...tinggal rm7.00 sekilo jadinya total rm39.50...pi kaunter tokeh tu bagi diskaun lagi lima kupang...huhu sempoi deal dengan orang mudah urusan ni..doakan depa semua cari rezeki sambil beramal.

Santan kelapa rm10.00 sebungkus plastik besar..tak tanya pulak berat berapa kilo..pakcik tu kata..."santan ni ori..perah terus masuk plastik..." ..maksudnya pekat lah tu..tak campur air banyak...tapi pakcik tu kira rm18.00 saja untuk 2 bungkus yang dibeli..

..dah pakcik tu bagi diskaun, aku beli kerisik pulak....haaa kali ikut harga sebenar.

Semuanya kos disponsor oleh akak ipar yang baru sampai pagi tadi..

Meriahnya kalau...

Hurmm... memang tak dapatlah rasa masa macam dulu dulu..nak ayam tangkap dalam reban sendiri...nak santan , kopek buah kelapa pokok sendiri...perah sendiri.....terasa lebih nikmatnya.

Ye lah kan...zaman dah berubah. Terima saja dizaman mana kita berada..dan ikut rentak, jangan menidakkan sesuatu yang benar berlaku..

Anak remaja sekarang pun dah tak macam dulu... pandai ke kacau dodol?

hurmm...makan dodol pon tak hingin..sadisnya ! ..kesian opah susah buatkan untuk cucu cicit makan ...tak dijamahnya..


4 comments:

  1. AnonymousJuly 27, 2014

    hihiks.. orang berniaga ni antara golongan paling mudah kalau nak dapat pahala bersedekah.
    potong harga setakat seringgit dua apalah sangat. lagi lagi dalam bulan mulia kan..
    :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itulah ...semoga bertambah rezeki mereka dgn keikhlasan mereka.

      Delete
    2. This comment has been removed by the author.

      Delete
  2. zaman makin berubah.anak-anak di bandar pun kekadang dan tak tahu nk beza rupa kerbau dan lembu

    ReplyDelete


[PENAFIAN]
www.nazlee.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.
Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.