Plating Food : Laksa Goreng

Saturday, July 05, 2014 PCL 14 Comments



Plating Food : Laksa Goreng by PCL

okay..  lewat malam publish entri makanan tak lah loghat sangat kan..., ni dia Laksa Goreng setiap kali bulan puasa mesti ada...mesti kena buat sekali dalam sebulan Ramadhan.., dalam rumah aku ni dah tak jamah nasi berlauk masa berbuka puasa... ini bukan suatu yang pelik tapi aku percaya ramai juga yang sama ; tak suka makan nasi ketika berbuka ..*konon bajet diet haha ! :))

Laksa di gambar ni bukan menu siang tadi ye; semalam pun bukan tapi belum buat lagi...menu akan datang lah nanti cuma aku nak korang juga cuba buat resipi sama bila ada masa terluang nanti...mudah sangat ! mana lah tau nak cuba yang lain dari biasa...

aku cakap mudah sebab ...aku sendiri boleh sediakan; masak untuk famili aku makan...lelaki boleh masak ; korang wanita mesti lagi boleh..kan!

Resipi Laksa Goreng  (resipi mama'D)

  • 1. Tumis bawang putih, bawang merah .
  • 2. Masukkan udang @ daging @ ayam...mengikut kesukaan anda.
  • 3. Masukan laksa (rebus dengan air sampai mendidih dulu, jangan terlalu lembik, toskan dan basuh supaya tak melekit), kicap , tiram, lada hitam, cuka, serbuk perasa, garam dan..
  • 4. Masukkan  tauge, kucai dan kobis.
  • 5. Kacau sama rata dan pastikan jangan terlalu lama di atas dapur...
  • Siap  untung di hidangkan !

aku suka bila diletak laksa dalam pinggan, taburkan daun bawang , bawang goreng dan cili potong...

perghh !..plating gambar atas tu memang buat aku puas hati...sebab tak comot macam selalu..huuuu !





14 comments:

  1. dah lama tengok laksa goreng ni... tapi tak sempat nak buat.... nampak tempting !

    ReplyDelete
  2. Errkkk, nak tanya, kena guna laksa kering lah eak ... Klu laksa basah boleh ker ? ...

    ReplyDelete
    Replies
    1. laksa basah sebenarnya sy gunakan ; yg dah ready ada jual kat hipermarket..

      Delete
  3. wahhhhhh sedap nyeeee.....

    ReplyDelete
  4. Wahh tahun lepas pernah makan ni.. mmg best. Nasib baik tengok waktu malam, taklah terliur sgt hehee.. :D

    ReplyDelete
  5. Alamk tak pernh rasa laksa goreng ni

    ReplyDelete
  6. tak pernah makan lagi..ade mase nak juge mencuba..hihi

    ReplyDelete
  7. First time dgr fasal laksa goreng... Huhuhu

    ReplyDelete
  8. laksa oreng... xpernah try lg nie.. beli dekt bazar jerlah jawabnya kalo nk mkn..hehe masak mmg xsemptlah

    ReplyDelete
  9. Tak pernah makan laksa goreng...nampak macam best...boleh try nanti kot..Thanks PCL..

    ReplyDelete
  10. selalu suka laksa goreng kat kedai chinese muslim...x pernah cuba buat sendiri...

    ReplyDelete
  11. Heheh tak pernah buat lagi nie ...Ok nnt boleh la buat dah siap2 resipi nie ..

    ReplyDelete
  12. husna pernah dgr sbelum nih psal laksa goreng nih tapi tak terdetik nak mencuba lg..hehehe..

    ReplyDelete


[PENAFIAN]
www.nazlee.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.
Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.