Risau memandu jarak jauh..

Tuesday, July 22, 2014 PCL 24 Comments

Wuuhh..terujanya depa nak balik kampung..maklum la kan dah lama tak balik kampung halaman..rindu tu memang tebal la kan..

Bag pakaian semua dah ready pack dari semalam lagi. ..alasan takut nanti ada saja barang ketinggalan kalau packing dalam keadaan kalut..

Aku dah plan awal lagi, ..dan setiap tahun pon sama lebih kurang plan cuti raya kami....Senang dan mudah sebab destinasi kami satu arah perjalanan..Perak rumah kampung aku dan Kedah rumah kampung mamaD.
Aku ambil cuti mulai hari Khamis ni sampai la hari Isnin minggu satu  lagi pada 4  Ogos tu..lajak sehari sebab dah tau...nanti mesti penat memandu di kala trafik jam..

Rabu malam kalau tak ada perubahan ,  kami ke Seri Kembangan jemput Nina di asrama dan terus gerak malam tu jugak.. ; suatu yang menjadi kesukaran...dan teramat risau bila mata tak tahan mengantuk memandu waktu malam, lagi la dalam keadaan perut kekenyang selepas berbuka.




Serius mengantuk ni memang 'penyakit' aku sejak dulu lagi bila pegang stering kereta je..mula lah mata cepat kuyu ...dah nampak macam mr.bean bawak kereta masa ngantuk...jenuh jegei bijik mata hahaa ...

Masa tu mengantuk tapi masalahnya bila berhenti kereta nak lelapkan mata sekejap dekat RnR..boleh pulak mata ni tak mau lena..susah... memang kadang tu tak tau masa mana sesuai aku nak memandu dengan keadaan selesa dan selamat. (mohon doa kalian la..semoga perjalanan kami nanti selamat pergi dan balik..risau pulak.)

Co pilot sebelah tak boleh drive..tapi dia bagi support dengan banyak bersembang..sambil mulut kunyah kekacang..minum minuman bertenaga; itulah yang aku dapat buat sesebelum ni..

dah lama rasanya tak drive jejauh memalam ...
ingat nanti kalau Nina dah cukup umur untuk dapatkan lesen ..memang aku suruh dia ambil lesen cepat , boleh la ganti tempat aku.. kan..

Boleh la jadi boss..rehat menyandar kat seat belakang dengan mamaD..

Semoga Perjalanan Kami Selemat Dalam LindunganNya ~ mohon doa kalian juga.


24 comments:

  1. sejak retua ni memang cepat mengantuk...nasib ada co pilot melayan..
    suami sura pulak tak bagi sura bawak kalau balik kg...hehe..bagus jugak tak de penat..cuma penat duk lama je dlm kereta..kekadang sampai berbelas-belas jam..:)

    ReplyDelete
    Replies
    1. itu semestinya ..co pilot kena berperanan ; kalau hanyut dibuai mimpi..kesian la pilot tu..boleh mengundang bahaya. nauzubillah.

      Delete
  2. balik beraya nanti drive carefully ye....perak kat mana tuuu??

    ReplyDelete
    Replies
    1. Perak kat hujung-hujung (utara) ... Parit Buntar.

      Delete
  3. semoga selamat sampai ke destinasi.. jangan risau..co pilot membantu punye.. :)

    ReplyDelete
  4. salam. semoga selamat sampai..amin & selamat hari raya untuk pcl sekeluarga :)

    ReplyDelete
  5. sambil drive sambil berzikir PCL... doa dalam hati... "Ya Allah...selamatkan perjalanan kami.." kalau ngantuk.. mohon berhenti !

    ReplyDelete
    Replies
    1. good advice ..tQ Sha, insyaAllah..akan sentiasa diamalakan zikrullah..

      Delete
  6. Doa naik kenderaan jgn lupa ya! selamat hari raya! :D

    ReplyDelete
  7. berhati2 di jln raya..tip hilang mengantuk bacalah 10 ayat terakhir Surah Ali Imaran Ali Imran .

    ReplyDelete
  8. PCL...sedang menyiapkan mental dan fizikal jugak ni nak memandu balik Perlis tapi memandu sianglah. 2 bulan lepas balik pukul 12 malam dari Kajang selesa memandu kuatkan mata dengan air Kacip Fatimah...ahahhaaa...

    ReplyDelete
    Replies
    1. yeah memang diakui air bertenagag spt tongkat ali / kacip fatimah memang power...tapi kalau ngatuk jugak apa pon tak boleh !

      Delete
  9. AnonymousJuly 22, 2014

    Bestnye balik kampung...hehe..kathy dgn sisD sama,tak pandai driving..huhuhu..

    ReplyDelete
  10. Moga selamat sampai ke destinasi..
    Macam saya.. kebiasaannya lagi 40km nak sampai ke destinasi baru saya sambung memandu.. hehehe.. itupun kalau en. suami dah betul2 tak larat.. kalau tak.. memang tak dibenarkan sebab kalau saya nak cepat sampai je.. huhuhu...

    ReplyDelete
  11. Nasib ade co-pilot. Kalau tak ada, better naik bas je.

    ReplyDelete
  12. awalnya dah bercuti raya
    seronok dapat balik kampung
    tahun ni giliran en suami kat kapar aje
    dulu saya jadi co pilot juga yang tak reti
    sekarang dengan bangga dah boleh drive...hehe

    apapun saya doakan perjalanan PCL sekeluarga selamat pergi dan balik
    selamat hari raya =)

    ReplyDelete
  13. Terima kasih semua..terima kasih kepada yang mendoakan.

    ReplyDelete
  14. Rabu dah balik laa... Tak laa jam sgt... cuti sebelum ngan selepas raya la PCL ye...

    ReplyDelete
  15. Semoga PCL sekeluarga selamat perjalanan & berhari raya dgn sepenuh keceriaan...
    Ksempatan ni kan ucapkan juga Selamat Hari Raya Aidilfitri & Maaf Zahir Batin kpd PCL sekeluarga... :)

    ReplyDelete
  16. have a safely journey..kalau penat or ngantok bawak bawak berehat lah ye..

    ReplyDelete


[PENAFIAN]
www.nazlee.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.
Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.