Tolong cepat sikit ..

Friday, July 25, 2014 PCL 14 Comments

Salam..

Penat menunggu anak dara bersiap siap...nasib baik tak tiga ke empat orang ..bertabah la aku menunggu. MamaD awal lagi dah siap sebab dia nak balik kampung rumah mak dia la..hurmm.

Pesanan ; kalau anak perempuan anda masih kecik lagi..ajari mereka supaya bersiap pantas.. biasakan jangan bagi kaum lelaki menunggu lama.. :)

Parit Buntar ke Sungai Petani.., aku memandu ikut jalan lama..saja nak tengok suasana kampung sepanjang perjalanan...alunan lagu Sudirman ; Balik Kampung di radio ...terasa mood riang riang ria raya..

Lepas jumaat kami tiba di Sg Petani..setelah singgah sana sini.

Syukur alhamdulillah, perjalanan kami selamat.

Anda beraya/ di mana sekarang?

Doa juga..dengan ucapan selamat memandu dan berhati hati di mana jua anda berada. SEMOGA PERJALANAN ANDA JUGA SELAMAT TIBA KE DESTINASI.

Psst.. mak mertua aku nak masak mee rebus tulang untuk menu berbuka hari ni...walah. Sempoi !!


14 comments:

  1. selamat menyambut lebaran PCL..moga perjalanan pergi dan balik dalam keadaan selamat..insyallah

    ReplyDelete
  2. SELAMAT HARI RAYA PCL :).. BERBUKA MAKAN MEE REBUS SEDAPPPPPNYE :D

    ReplyDelete
  3. Biasalah tu PCL. Wanita memang bersiap lama. Kita lelaki je sempoi. =D

    ZH Blogger

    ReplyDelete
  4. kannn... setuju sgt... sabar jer la...

    ReplyDelete
  5. mana boleh ajar nak siap cepat PCL
    kitorang pakai banyak lapis tau...hehe
    saya masih lagi di opis...uwaaahhh
    cepatlah balik, semangat nak raya dah ni =)

    ReplyDelete
  6. Entah cmna nak ajar anak2 Vee nanti kalau Vee sendiri mcm tu. Hahaha.. bab memilih baju tu yg ada susah sikit. Entahla. Yg lain okay jer, tang pakaian tu je aneh. Ada2 je yg tak cun. Haha. Btw, slm aidilfitri to u and family. Happy2 la selaluu :))

    ReplyDelete
  7. selamat hari raya pcl.. :)

    ReplyDelete
  8. sedap nye mee rebus.....btw selamat hari raya pcl..kosong-kosong ye.

    ReplyDelete
  9. Assalamualaikum,
    Tak ada pengalaman nak share...tapi betul tu!

    Salam Lebaran buat PCL sekeluarga. Semoga Syawal ini disambut dengan gembira bersama insan2 tersayang. Mohon ampun dan maaf jika ada salah dan silap sepanjang perkenalan.
    Selamat hari raya aidilfitri, maaf zahir batin... :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih dgn ingatan tulus ikhlas dr BM.

      Delete
  10. Terima kasih semua pengomen dgn ingatan tulus ikhlas dr saya.

    ReplyDelete
  11. MamaD pakai baju denim... kelasss!

    ReplyDelete
  12. perempuan memang bersiap lama..bertabahlah..hihihi

    ReplyDelete
  13. jgn kata anak dara..mak dara pun sama..dah nama pun pompuan kan hiksss

    ReplyDelete


[PENAFIAN]
www.nazlee.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.
Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.