Anda sedang memiliki suami yang bertanggungjawab...

Friday, August 08, 2014 PCL 17 Comments

[Anda sedang memiliki suami yang bertanggungjawab...alhamdulillah, kerana sifat cemburunya itu..]

Cemburu dituntut dalam Islam , dan jangan marahkan pasangan anda...

Ada isteri yang menyalahkan suami kerana terlalu cemburu,  betul.. cemburu buta memang menyusahkan, memang dalam hal suami yang bertanya isteri itu dan ini menyiasat, dinasihatkan agar isteri janganlah memarahi suami anda yang melakukan tindakan demikian dan jangan juga merasakan kecil hati sambil membuat kesimpulan bahawa suami tidak percaya kepada diri anda.

Kerap berlaku, suami akan segera disalah erti sebagai ‘tidak mempunyai kepercayaan’ bukan 'tidak boleh percaya' yer..terhadap isteri. Sebenarnya, kita perlu memahami bahawa ia adalah satu tuntutan dalam Islam dan menunjukkan anda sedang memiliki suami yang bertanggungjawab dan sedang subur imannya.

Selain itu, bonus bagi suami yang memperolehi isteri solehah kerana suami tidak lagi sukar untuk mengelakkan dirinya dari terjerumus dalam lembah kedayusan. Ini kerana tanpa sebarang campur tangan dan nasihat dari suami, isteri sudah pandai menjaga aurat, maruah dan dirinya.

Itu lah orang tua-tua dulu selalu pesan...., kalau boleh dicari calon isterinya, carilah dari perempuan yang sebaik baik akhlak. Namun ketentuan jodoh itu bukan kerja kita...sekurang-kurangnya kita (lelaki) telah berusaha meringankan tugas mendidik isteri ke arah kebaikan dalam iman.

Kenapa perlu ada rasa cemburu ?

Sesungguhnya asal dalam agama adalah perlunya rasa ambil berat (protective) atau kecemburuan (terhadap ahli keluarga), dan sesiapa yang tiada perasaan ini maka itulah tanda tiada agama dalam dirinya, kerana perasaan cemburu ini menjaga hati dan menjaga anggota sehingga terjauh dari kejahatan dan perkara keji, tanpanya hati akan mati maka matilah juga sensitiviti anggota (terhadap perkara haram), sehingga menyebabkan seseorang yang dipertanggungjawabkan tiada kekuatan untuk menolak kejahatan dan menghindarkannya sama sekali.

Sebesar besar perbuatan haram dipandang remeh , ramai masyarakat Islam tersalah konsep...menganggap sesuatu yang haram itu hanya lebih kepada yang bersangkutan dengan kandungan di dalam makanan ; contoh terkini adanya DNA babi dan seumpamanya..

Yeah cukup peka ! alhamdulillah...dan alangkah bagusnya kalau kepekaan itu menyeluruh mengikut kehendak Islam itu sendiri.

#nasihat untuk diri ini ; semoga dapat manfaat bersama. Wssalamualaikum wbt !






17 comments:

  1. tak pernah lagi rasa cemburu...hehehe...

    ReplyDelete
    Replies
    1. tak sikit tapi mesti ada juga rasa cemburu itu, kadang sukar dizahirkan kerana sudah terbiasa...saling percaya mempercayai, tapi bagi suami jangan sampai menjadi dayus..membiarkan sesuatu yg tidak patut berlaku dalam pergaulan mengikut hukum syarak.

      Delete
  2. Assalamualaikum dan salam Jumaat..Bersyukur kerana suami menerima diri ini seadanya..perasaan cemburu pasti ada dlm diri..kan cemburu itu tanda sayang..

    ReplyDelete
  3. nice sharing. alhamdulilah dijodohkan dengan suami yang sangat baik..syukur alhamdulilah.

    ReplyDelete
  4. memang ada rasa cemburu tuh tapi tak de sampai teruk sangat jadi cemburu buta kan..

    ReplyDelete
  5. suami Sha... yarabbi... kuat betul cemburu dia... orang pandang sha pun dia dah mengerling semacam... nak kata sha cantik cam model pun xde... dah la terbantut, hidung kemek plak tu...

    tapi alhamdulillah... dari situ tahu... dia sayang sangat kat kita.. semoga berpanjangan :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah..sayang isteri mcm tu lah..semoga kasih anda berdua berpanjangan.

      Delete
  6. Belum bersuami boleh ke baca entri ni :-)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dah baca kan... tiada sempadan dan halangan..semoga bermanfaat.

      Delete
  7. Masih ada cemburu dalam hati ini...
    Suami idaman ramai nie...

    ReplyDelete
  8. Cemburu tanda sayang..hehehe..

    ReplyDelete
  9. Nice sharing..hehe cemburu sesekali blh la tanda syg tuuu

    ReplyDelete
  10. NIce sharing....suami saya, tak pernah tunjuk rasa cemburu....dan kadang2 saya sendiri confuse, betul ker suami ku ini menyayangi diriku.....tapi, baru2 ni, adalah satu insiden, dan dari insiden tersebut, barulah suami ku tunjukkan rupanya, dia cemburu.....hehehehehhh.........sajer test suamiku sendiri....tapi lepas ni tak buat dah sebab dah tahu betapa sayangnya suamku pada diriku ini.......

    www.darijejaritembamku.blogspot.com

    ReplyDelete
  11. cemburu melampau kadang kala tak elok juga, kalau cemburu sikit-sikit baru la ada rasa dalam hubungan itu. tapi biasanya lelaki susah nak menampakkan rasa cemburu tu . tup-tup dah marah.

    ReplyDelete


[PENAFIAN]
www.nazlee.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.
Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.