Berkenaan Pinjaman Pelajaran MARA ...

Tuesday, August 12, 2014 PCL 10 Comments

{nak Share..ajer !}

Aku tak pernah buat pinjaman pelajaran dengan MARA, sebab aku bukan belajar tinggi mana pon.., aku tak tau selok belok berkenaannya..

Aku nak tanya kepada sesiapa yang pernah lalui atau kes sama lebih kurang ni.., *(kalau ada blh share juga dlm kotak komen bawah....)

Kes bayaran balik pinjaman dengan MARA....
Dalam kes peminjam yang meminjam sudah tiada, meninggal dunia sebelum selesai bayaran penuh balik pinjaman tersebut. MARA masih tuntut sampai habis? (untuk penjelasan aku hubungi pegawai MARA)

Aku dapat makluman dari pegawai berkenaan , bahawa baki pinjaman perlu dijelaskan oleh penjamin penjamin nya seperti dalam perjanjian. Apabila peminjam meninggal dunia maka jumlah RM pinjaman akan dibahagikan mengikut portion yang ditetapkan...contoh dalam kes ini, kena bahagi tiga, simati (peminjam), penjamin pertama dan penjamin kedua.

Bila didapati penjamin pertama juga sudah meninggal dunia maka terdapat satu portion untuk penjamin kedua. Tuntutan sepertiga dari jumlah akan dibuat oleh MARA mengikut perkiraan yang telah ditetapkan.

Penjamin kedua tidak respon dalam kes ini....Nama orang berkenaan telah disenarai hitamkan, ...aku sebagai waris, kami berasa kesian juga kerana mungkin beliau akan mendapat kesusahan akibat dari kes ini....cumanya beliau tidak dapat info atau sebarang surat dari kes ini untuk bertindak.

Bayaran tuntutan sepertiga ini boleh diambil alih oleh waris-waris jika tidak mahu pihak MARA menganggu penjamin berkenaan.

Kes sudah masuk tahun ke tiga, baru surat saman dari MARA tiba di alamat kampung peminjam.

Yang menghadap ialah , keluarga di kampung terutama ayahanda kami.., sebagai waris terdekat aku cuba buat rayuan...

pada hemat aku...setiap pinjaman yang dibuat , jika berlaku kematian ke atas peminjam...jumlah keseluruhan baki pinjaman dikira selesai, rupanya tidak. Ini merupakan pinjaman pelajaran..tiada perlindungan insuran keatasnya seperti mana kita buat pinjaman kenderaan, rumah atau pun pinjaman peribadi.

Untuk melapangkan keadaan, menyelesaikan kegundahan...waris kena tanggung dan sememannya itu adalah tanggung jawab waris yang masih hidup untuk menyelesaikan hutang piutang simati.

p/s ...baru hari ni dapat makluman dan sedang dalam proses buat surat balas/makluman. ~ semoga berjalan lancar.

p/ss ... Semoga Arwah tenang di sana dan di tempatkan bersama orang-orang yang beriman. Mohon sahabat handai dan muslimin muslimat sedekahkan bacaan Al-Fatihah buat Arwah Mohd Nasir Ismail, adinda kami dalam kenangan.




10 comments:

  1. assalamualaikum PCL...mama masih x ada pengalaman mcm ni tapi biasanya kalau peminjamnya dah x ada pasti wang pinjaman itu x perlu dibayar kot...agaknya la...Al-Fatihah buat arwah...

    ReplyDelete
  2. Rasanya kena teliti terma2 dalam agreement itu, sama ada sebut soal kematian atau tidak. Kalau ada disebut mengenai kematian, susah sikitlah, bawa ke mahkamah pun susah nak menang. Tapi kalau kalau tak ada terma begitu dalam agreement seperti masih ada ruang untuk berhadapan dengan MARA.
    (Ia cuma pandangan peribadi saya - ia tak semestinya tepat 100%...)

    ReplyDelete
  3. owh baru tahu pasal ni. Saya pun igt kalau peminjam dah meninggal dunia,pinjaman pelajaran terus hapus. So, maknanya kalau macam ni, nampaknya yg nak meminjam nnt kena bgtau penjamin kalau dia sanggup. Tapi selalunya mak ayah yg jd penjamin.

    ReplyDelete
  4. Assalamualaikum dan salam singgah pagi PCL..Diana tak ada pengalaman dalam bab2 ni..dan Salam Takziah kepada arwah,semoga arwah d tempatkan dalam golongan org2 yg beriman..Al-Fatihah..

    ReplyDelete
  5. kesiannya...camana nak tolong, pergilah ke medan MARA di Jalan TAR, mungkin ada yang boleh di bantu kot

    ReplyDelete
  6. Dulu masa belajar dapat biasiswa Mara, jadi xde pengalaman pasal pinjaman ni. Kena pergi terus kepejabat mara utk minta pandangan dan penjelasan. Mesti ada jalan penyelesaian yang terbaik... mereka pun manusia juga pasti ada timbang tara dalam hal ini.

    ReplyDelete
  7. Tak pernah lg berdepan keadaan mcm ni ..al fatihah buat arwah moga tenang di sana

    ReplyDelete
  8. As salam bole sy tau progress kes ni? Sbb ayah yg jd penjamin ke2 br saja meninggak dunia. Nak tau jgk apa yg kami kena buat atau MARA akan buat. Terima kasih.

    ReplyDelete
    Replies
    1. kes sudah selesai dengan penjelasan baik sekali dari pihak MARA. Sebenarnya dalam kes saya ni ada berlaku kesilapan nama kepada penjamin yang mana nama tertera dlam surat tuntutan adalah sama tetapi no pengenalan saja berbeza satu angka . Jika berlaku kematian penjamin kesnya adalah seperti yang diterangkan dalam entri di atas..namun untuk kepastian tuan rujuk sendiri dengan pegawai berkenaan. insyaAllah dijelaskan secara terperinci.

      sekian.

      Delete


[PENAFIAN]
www.nazlee.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.
Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.