Buat itu dan ini sampai lupa diri,..lupa keluraga..

Thursday, August 21, 2014 Nazlee Ismail 8 Comments

Aku tak tau lah dengan pandangan korang..

Ada orang menghabiskan waktu dengan bermain, berburu/memancing dan bersantai seumpamanya akan memperolehi kebahagian diri. Kadang sampai tak sedar bahawa semuanya itu harus dibayar dengan kegundahan, keresahan hati yang berterusan ..kira bahasa mudahnya.. tension lah ! Mengapa?

Sebab dia mengabaikan keseimbangan antara kewajipan yang harus dilakukan dan kesenangan untuk menghiburkan diri. Buat itu dan ini sampai lupa diri..lupa keluraga...malah ada yang terlupa langsung bab agama...

muhasabah diri, ..insyaAllah.

Jangan libatkan diri dari perbuatan yang sia-sia dalam hidup, kita baca kisah para Sahabat Rasul saw , mereka adalah kaum yang paling merasakan kebahagiaan hidup kerana mereka tidak pernah peduli apa yang ditakuti oleh hati, persoalan yang terperinci dan BISIKAN HAWA NAFSU terutamanya. Mereka lebih fokus kepada mencapai tujuan asal...mendapat keredhaan Allah swt.

Tujuan kita apa?
Tapi itu mereka , para Sahabat Rasulullah saw ...jauh bezanya dengan kita...

Dalam kesibukan kita dengan duniawi, nak maju dalam apa juga bidang kerjaya pun...kewajipan kepada Pengcipta dengan beribadah kepadaNya jangan sekali dilupai.

Setipa kali melakukan ibadah, hadirkan diri dan fokus moga kita yang melakukan dengan ikhlas akan mendapat redha Allah swt.

 ..tidak ada kebaikan dalam bacaan tanpa renungan ; semoga bermanfaat.


#entriKelabBloggerBenAshaari





8 comments:

  1. entry yang baik pcl.. kena lebih banyak muhasabah diri..

    ReplyDelete
  2. salam. betul tu PCL..apapun yang kita lakukan jangan sampai lupa diri sehingga melupakan Allah dan Rasul Nya

    ReplyDelete
  3. utk org yg fikir mcm ni untung la..tp klo jns yg tak pikir? cmne tu..huhu..kang tegur melenting plak

    ReplyDelete
  4. lakukan minat yang menguntungkan.....

    ReplyDelete
  5. Itulah...kekadang bila sesuatu tu dah jadi hobi susah nak tinggalkan. Seperti saya, hobi berjoging, dalam hujan pun (kecuali hujan lebat sangat) masih teruskan joging, sayang rasa nak berhenti sebelum habis 6 km. Kalau keluarga telefon minta pulang, malas nak tangguhkan kepulangan serta merta (kecuali kes tersangat kecemasan baru pulang serta merta). Selalu disindir isteri tapi telinga rasa tebal kerana hobi. Memang kadang2 rasa diri sangat teruk menjadi hamba kepada hobi....

    ReplyDelete
  6. Sama2 kita muhasabah diri kita .,...Nice entry PcL

    ReplyDelete
  7. betul tu..ibadah wajib jangan ditinggalkan..barulah berkat segala amalan..InshaAllah

    ReplyDelete


[PENAFIAN]
www.nazlee.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.
Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.