Kehadiran sahabat lama : Zainal Fahmi Hashim

Sunday, August 17, 2014 PCL 1 Comments

Sesuatu yang tidak disangka.... setelah bertahun tahun tidak berjumpa, raya kali ini banyak menggamit memori lama.

Melalui sembang grup whatsaap bekas sekolah menengah..patutnya kami telah berkumpul di perjumpaan raya masa raya ke tiga lalu..namun terdapat kekangan maka ramai yang tak dapat menghadirkan diri..

Zainal Fahmi Hashim adalah sahabat aku sebilik di asrama masa tingkatan 1 hingga 3, selepas dapat keputusan SRP memasing memanjangkan langkah ke sekolah baru..selepas kami pernah bertemu sekali secara tak kebetulan di Sg Petani lebih kurang  7 tahun lalu..

Ini lah pertemuan terkini... Fahmi selalu datang ke Banting sejak dia berkerja di Melaka...datang ke sini sekadar menziarah keluarganya . Tak tau pulak ada kawan lama pun tinggal dan kerja kat Banting ni..

Semalam...dah dapat  tau Fahmi nak datang Banting terus aku ajak singgah beraya ke rumah kami. ..

Inilah peluangnya kami bertemu dan berkenalan dengan ahli keluarga memasing.

Yang menjadikan lebih meriah...keluarga ipar juga dan mertua sekali join...*terkejut jugak..ramai datang ! ..rezeki tetamu ..alhamdulillah..dapat menjamu apa yang tersedia.

Fahmi dah punya 4 orang anak permepuan..comel² kesemuanya.

Inilah gambar gambar #selfie sebagai kenangan..moga ada kesempatan lagi di lain masa insya Allah.


1 comment:


[PENAFIAN]
www.nazlee.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.
Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.