Lebih mudah dari minum air...

Tuesday, August 26, 2014 PCL 10 Comments

Serius perkara ini selalu dipandang ringan oleh kita yang selalu beranggapan remeh dengan hukum agama Islam.

Berjabat tangan antara lelaki dengan perempuan hampir sudah menjadi tradisi.
Tradisi buruk memberikan tanggapan sesuatu yang kebiasaan itu lebih baik dan lebih tinggi nilainya daripada syariat Allah swt yang mengharamkannya.

Masalahnya diri tidak perihatin siapa mahramnya...sehingga dalam masyarakat kita, berjabat tangan dengan anak perempuan bapa saudara atau emak saudara dengan isteri bapa saudara baik di pihak ayah mahupun ibu berlaku begitu mudah...

"Buatnya, lebih mudah dari meminum air..."

Kita yang dewasa ini kena beri penekannan terutama dalam  mendidik anak² ,  didik secara berpengetahuan berkenaan hukum halal dan haram dalam perhubungan seharian mereka ; 

Jangan kita jadi seperti ketam mengajar anaknya supaya berjalan lurus.

Kasih kepada keluarga ;
#kelabbloggerbenashaari


10 comments:

  1. Betul la pcl...kena ajar dari kecik kan..

    ReplyDelete
  2. betullah tu, mungkin sebab kurang kesedaran

    ReplyDelete
  3. payah sungguh bab..ni..org ambil mudah sgt...

    ReplyDelete
  4. yup. setuju dgn pcl.
    sekarang ni majoriti kurang kesedaran tentang batasan berjabat tangan mahupun batasan aurat sesama ahli keluarga. sama2 kita pelihara diri, jaga batasan2 yang sepatutnya. bila kita yang dewasa pandai jaga batasan dan adab2 dalam pergaulan, anak2 pun akan ikut sama. insyaAllah

    ReplyDelete
  5. Tulah kan dah jadi budaya sejak kecik2 jadi bila dah tua2 nak tinggalkan memang janggal sangat.

    ReplyDelete
  6. hurm... bila tak buat, dikatakan tak hormat... perkara yang diajar dari kecik, sukar dihakis :(

    ReplyDelete
  7. Malangnya hari-hari TV kita mendidik lelaki dan perempuan bergaul bebas seperti dalam cerita filem/drama Melayu...

    ReplyDelete
  8. betul tu PCL... kna tapis sedari kecil apa yg anak-anak kita lihat...

    ReplyDelete
  9. kene didik anak dari kcik lagii.. ida kadang2 pun termiss kalau salam menyalam nii huhuhuhuh~

    ReplyDelete


[PENAFIAN]
www.nazlee.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.
Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.