Lelaki memang tak kisah baju berkedut seribu ; anda juga?

Sunday, August 17, 2014 Nazlee Ismail 13 Comments

Pagi kelmarin bersiap² nak ke rumah terbuka raya kawan merangkap boss..Dr Kay namanya.

Memang plan baik punya nak penuhi ke semua  jemputan rumah terbuka..antaranya di kalangan keluarga ; sepupu di Rawang, kawan lama di Seremban dan juga rakan blogger Damansara @ruby.com.

Nak jadi cerita..macam tak ada rezeki kami ke sana sini beraya,  kereta buat hal pulak. Untung ada jiran (mama Laikha) nak tumpangkan kebetulan sama nak ke rumah Dr Kay di Enstek Sepang..yang lain² tempat terpaksa dibatalkan..maaflah ye..harap yg berkenaan tu faham dengan situasi kami.

Okay..habis bab tu, ni nak cakap pasal pemakaian lelaki ke majlis..

Bagi aku tak kisah, tetapi sesetengah pasangan mereka sangat kisah tentang penampilan..

Soalannya..adakah anda juga kisah?

Kita lelaki, asal sempoi sudah...nak jaga hati pasangan ..ikutkan , ada bagusnya jugak..tak adalah nampak selekah selalu...

Selekeh dan sempoi tu dua perspektif yang berbeza dari segi mengayakan pakaian bagi lelaki...kadang aku sendiri tak faham.

Dalam fikiran kita ingat dah okay ! ..kan.
Tapi...tak semestinya di mata isteri kita..

Kesimpulannya...bagi lah dorang komen sikit tentang apa yang kita kenakan semasa menghadiri majlis tertentu..

Kiranya..seperti penasihat imej peripadi lah..

Tengok gambar yang diselitkan...baju aku berkedut seribu...haha, selamber je...baju memang jenis macam tu..

Tengok gambar baru perasan... ya Allah, berkudut² !


13 comments:

  1. klu tshirt abe pun xkisah, tapi kalau baju kemeja, alamat xkuar rumahla abe sebelum abe iron :)

    ReplyDelete
  2. xjugak,..hubby ida cerewet skit..

    ReplyDelete
  3. hahahhaa... kadang mata kasar tak nampak kedut, tapi camera jarang menipu....kuikuikui
    kedut tu fesyen pe PCL... hakhakhak...

    ReplyDelete
  4. Haha.. tak kisah.. asalkan pakai.. xD

    ReplyDelete
  5. x...en hubby kita kdg2 cerewet jgk..haha..

    ReplyDelete
  6. tak pe tak pe.. kedut itu seni

    ReplyDelete
  7. Kalau T Shirt mmg ok jer kedit kedut tapi kalau kemeja mmg tak sah lau tak gosok ..time tertentu jer pakai kemeja ..bukan selalu kena gosok hehehe ....... lain2 kalau santai mmg sempoi baju kedut2 pon NO HAL laaa tak kisah pon janji ada baju hahhaa

    ReplyDelete
  8. Pandangan berbeza mengikut mata yang melihatnya. Bagi yg bermata biasa-biasa seperti kita nampak berkedut tak elok. Tapi bagi mereka yg berjiwa seni mungkin kedut itu ada nilai seni dan garapan estetika yang indah....hehehehe..

    ReplyDelete
  9. Tak semua baju kena gosok... mcm pak wan memang dia suruh KM gosok baju dia... pak wan taklah cerewet mana... tp klu setakat keduk sikit2 tu tak payahlah...

    rasanya baju mcm pcl pakai ni memang jenis kain kedut seribu... gosoklah mcm ne pun bila duduk bangun duduk bangun tetap kedut seribu... contoh kt bahagian lengn paling ketara... klu org ckp 'awat baju hang kedut, tak gosok ka?' jawab je, jenis kain susah gosok... haha..

    ReplyDelete
  10. Samalah... Walaupun suami sy tu keje bhgian keselamatan yg sentiasa pkai uniform..tapi diluar dia mmg x kisah pakai baju tak berseterika pun... Sbb pakai t-shirt aje pun..

    ReplyDelete
  11. terbalik kalau saya
    suami saya cukup particular pasal penampilan
    t-shirt pun dia gosok sampai jadi tajam
    kalau saya yang bantai aje pakai apapun...tapi memang selamatlah
    tak lepas security checking punya...hehe

    ReplyDelete
  12. Xsemua lelaki yg x kesah, ada jgk yg lebih kesah dari perempuan

    ReplyDelete
  13. Hubby jenis tam kisah tapi baju melayu raya wajib bergosok..

    ReplyDelete


[PENAFIAN]
www.nazlee.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.
Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.