LICIN PINGGAN ...!!

Sunday, August 03, 2014 PCL 10 Comments

Orang keja gomen kat sini dah mula masuk pejabat..., eh aku masih lagi bercuti raya...esok ada sehari lagi sebelum kami menghabiskan baki cuti raya di kampung halaman.

Ada dua tempat mesti kena terjah sebelum kempunan...tempat makan la aku maksudkan tuu..

Satu..warung roti canai bawah teduhan pokok besaq, lokasi depan majid jamek Tmn Ria Sp....

Dan satu lagi restoran nasi kandar, ..tak kisah mana mana pon sedap..kat Sp ni ada nasi kandar Nasmir, Makbul , Sabedah...eh betui ka? ....aku , amaD , mak mertua , kak ipar dan makcik masuk restoran Hussain Taman Pekan Baru Sp, terbaik dan terlaris rasanya sejak dulu lagi...tengok saja pagi lagi dah makan makanan berat...beratur panjang itu dah jadi biasa lagi lagi hari Ahad macam hari ni...

Orang tempatan memang suka makan nasi tak kira time... subuh, pagi ...sampai la ke tengah malam....kalau mai balik kampung selalu...pekena nasi kandaq selalu..memang badan boleh jadi kembang cepat oOoo hahaaa..

Orang utara kata "..kami kalu kerja teruk..makan kena berat/ makan nasik..baru leh wat keja teruk teruk tau dak!" ...tudiaa .

Aku yang tak kerja berat ni pon tumpang sekaki..hahaa..sempoi dan sedap nasi kandaq...

Psst...LICIN PINGGAN !


10 comments:

  1. Yang pekena nasi dari lepas Subuh sampai lepas Isyak tu orang bendang. Maklumlah mereka kerja kuat, orang bendang sekali makan tiga pinggan pun badan tetap mentaince di bawah 60 kg, maklumlah semua kalori yang masuk badan habis terbakar dik kerja keras atas bendang. Yang kita kerja pakai pen dan komputer ni, makan separuh pinggan pun badan boleh kembang macam belon raksaksa, tambah pula time banyak rumah terbuka ni, hehehehehe....

    ReplyDelete
  2. makaihhhhh sedap kemain ni.... memang sedap laaa sampai beratur panjang !

    ReplyDelete
  3. salam. waaa...nampak sedap sangat menu tu

    ReplyDelete
  4. Waah...ni memang betul-betul qada' makan nih! :D

    ReplyDelete
  5. Meriah lauk sampai licin pinggan!

    ReplyDelete
  6. Sedap betul ni..

    ReplyDelete
  7. Lepas ni dah boleh puasa 6 syawal.. :)

    ReplyDelete
  8. ramainya yang beratur..mesti lauk kat situ sedap2

    ReplyDelete
  9. kalau licin pinggan tu mmg SEDAP lattew

    ReplyDelete


[PENAFIAN]
www.nazlee.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.
Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.