Menyakiti Jiran ; Berkira kira bab parkir..

Wednesday, August 06, 2014 PCL 40 Comments

Menyakiti jiran bentuknya berbagai bagai. Di antaranya melarangnya memasang tiang pada dinding milik bersama, meninggikan bangunan tanpa izin hingga menghalang sinar matahari atau menutup peredaran udara rumah jiran.

Ini memang berlaku di kebanyakan taman taman perumahan ; mengganggu dengan suara bising seperti mengetuk pintu atau menjerit pada waktu tidur dan berehat.

Ada juga yang berkira kira bab parkir kenderaan depan rumah, buang sampah depan pintu pagar jiran..dan sebagainya.

Bab pakir kereta ni memang terjadi di taman kejiranan rumah mertua di Sp...
Nak tumpang parking kereta sebuah pon tak boleh walhal dia punya tempat luas dan dia sendiri beraya beberapa di tempat lain..

Jiran yang baik akan membuka ruang kepada jiran lain bukan sebaliknya  menghalang dengan sesuatu benda supaya tiada siapa boleh memasuki kawasannya...huh dasyat giler !!

Kekadang kita sendiri tak sedar apa yang berlaku itu telah menyakiti hati jiran tetangga..

Syariat Islam benar benar memuliakan kedudukan jiran sehingga orang yang melakukan pelanggaran hak dan kejahatan kepada jiran dihukum secara  berganda .

Biarpun berat ancamannya, tapi ramai orang tetap tidak peduli. ..ini adalah antara dosa dosa yang dipandang ringan oleh manusia..

Sabda Rasulullah saw ;


40 comments:

  1. Assalamualaikum dan salam syawal ke-10 PCL..keadaan mcm ni paling kerap terjadi d kawasan perumahan..mcm Diana nak p braya kat rumah keluarga kejap2 jer sb masalah paking keta yg susah..

    ReplyDelete
    Replies
    1. W'salam diana..itu masalahnya ; silap parking ..parking jauh buat kereta jadi mangsa gores calar..sedihnya raya kalau semua bawa kenderaan..dan park ikut sesuka hati..

      Delete
  2. saya bersyukur jiran2 saya walaupun berlainan agama semua baik-baik belaka.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yep..kekadang yg berlainan bangsa boleh bertolak ansur pulak berbanding dgn sebangsa sendiri yg tamak dan penting diri..

      Delete
  3. Replies
    1. Ada bagusnya ramai yang memahami konsep hidup berjiran..tp ramai juga yg buat buat buat tak faham bila ia memihak kpd dirinya sendiri.

      Delete
  4. Betul PCL...... kita kena memuliakan jiran sebenarnya....sejauh mana agaknya kita memuliakan jiran kan ?...
    Jiran sebelah rumah OKje ni tak de org...sebelah lagi Cina....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau tak pupuk semangat kejiranan..maka akan timbul rasa penting diri..silap sikit boleh jd perang.. ; sejauh mana? itu yg kita perlu kaji..antaranya anti sosial.

      Delete
  5. Assalammualaikum...PCL,

    bab berjiran nie.. kekadang kena banyak bersabar aje kan...

    mselim3

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu... bagus kalau dapat berjiran dgn org yg baik baik.

      Delete
  6. pasal kejiranan nie memang isu pun.. kdg2 kita tak berkira, jiran plak berkira sampai bermasam muka.. macam kita nie musuh ketat plak.. haishhh...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Susah ksn nak bagi semua orang puas hati...lumrah hidup bermasyarakat..ada suka, ad yg biasa biasa dan ramai yg buat don know aje..

      Delete
  7. Ada jiran yg sanggup pindah rumah kerana perangai jiran yg teruk..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haaaa...kes ni memang jadi kat kejiranan tempat sy cite tu...mana boleh join company kalu perangai sikapnya penting diri.

      Delete
  8. kat area rumah saya ni lak, ada juga jiran yang tak prihatin, parking sampai dah termasuk sikit site rumah jiran sebelahnya, sudahnya, jiran tu nak masuk rumah sendiri pun payah. Tapi mereka berdua ni baik, cuma yg sorang tu agak kurang sensitif bab parking

    ReplyDelete
    Replies
    1. Masalah sikit sikit lg lg bab parking ni kena lah beralah...hari raya kan..kalau tak hari raya pon ..kekalkan sikap baik dgn jiran tetangga itu lbh utama.

      Delete
  9. jiran macam tu kena diajar....salam lebaran.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sabar abe din..; kita pulak yg jd kurang hajar nanti.

      Delete
  10. mmg susah kalau jiran begini rupa.
    bila dh duduk setaman/sekampung apa salahnya berkongsi.
    masih ada lagi org berperangai seperti ini.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Shark..memang ada..ramai kot . Kita yg sedar ni kena pupuk semagat kejiranan..tegur tegur lah semoga membawa maufakat.

      Delete
  11. Assalamualaikum pcl. semoga sheila ingat benda ni. hehehe takmau buat jahat kat sesiapa mahupun jiran tetangga. hihiii nampak ringan tapi berat maknanya ~~~

    *selamat hari raya aidilfitri, maaf zahir dan batin

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wsalam sheila.. berbuat baik dgn semua org..termasuk lah jiran ....semoga hidup diberkati.

      Delete
  12. mama dilarang keras menulis artikel begini, apatah lagi menyebut "JIRAN".. blog mama sentiasa distalker oleh mereka.. silap sikit habis mama.. :(

    ReplyDelete
    Replies
    1. Jiran mama org yg celik IT; itu lah sebabnya...takut lagi parah dan mengundang salah faham...ada baiknya.

      Delete
  13. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  14. Selamat Hari Raya Aidilfitri buat PCL sekeluarga... Mohon maaf zahir dan batin... :) kosong2 yer… :D

    ReplyDelete
  15. Hidup berjiran ni perlu ada KESEDARAN SIVIK sikit walaupon tak banyak ..Sedar yang kita ni BERJIRAN .,..Fahami adab2 duduk berjiran ..Kalau takder kesedaran camni boleh la buat rumah kat hutan ..huhuhuhu ........

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ada juga yg buat lanskap ala2 hutan, naik pagar tinggi...jiran sebelah pon tak kenal.muka...alih2 kawan sepejabat dgn isteri..contoh la kan, pernah berlaku sampai mcm tu...

      Delete
    2. Btul tu PcL ..angkat pagar tggi kiri kanan naik tak nampak jiran sebelah .umah masuk pencuripon jiran sebelah tak sdar huhuhu..sabo jer la ngan jiran camni

      Delete
  16. Lya singgah sini menabung Sony Experia

    ReplyDelete
  17. macam masalah di perumahan saya pula,memarkir kereta sesuka hati sehingga menyusahkan orang lain...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Fikir nak mudah diri...susah orang lain tak nak fikir..

      Delete
  18. Alhamdulillah.. Saya sentiasa bersifat terbuka dengan jiran-jiran saya. Dan Alhamdulillah juga kerana buat masa ini kami jiran-jiran baik-baik belaka.. Kalau adapun mungkin suatu hari terkena perkara yang tidak diingini, saya tetap akan dengan hati terbuka untuk menerima apa-apa kemungkinan.. Yang penting biar orang buat kita jangan kita buat orang..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah...semangat yg mcm ni yg kita mahukqn. Syabas Fairus.

      Delete
  19. kalau pernah menyakiti hati jiran atau tak concern dengan jiran x bau syurga katanya

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ye JM, Islam mengajar kita berbuat baik kpd semua orang...baik berserta iman itu jln ke syurga.

      Delete
  20. Cakap pasal jiran ni, Nurul mempunyai seorang jiran sebelah rumah yang memang 'unik'.. begini ceritanya.. rumah Nurul corner lot, memang agak luas corner tu. Jiran sebelah rumah ni, salah satu parttime nya jual kereta, kereta yang nak dijual tu, diparkingkan keliling corner lot rumah Nurul.. sedangkan depan rumah kita orang ni adalah blok kedai menganjur bukan melintang.. dan sangat sesuai jika jiran tersebut meletakkan kereta-kereta itu tepi(sisih) kedai sebelah rumah kita orang ni.. sebab luas dan depan rumah je. Nurul pernah cadangkan tapi dengan selamba beliau berkata " takut orang curi".. urmm... apa lagi yang bole Nurul cakap? diluah mati bapa, ditelan mati mak.. redha je la... huhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Jiran pon jiran jugak..tp ni kira buat bisnes..kalu dia berakal..bayar la sewa tapak, sekurangnya lega hati jiran..kan Nurul.

      Delete


[PENAFIAN]
www.nazlee.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.
Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.