Merdeka : Kempen Jalur Gemilang Angkasa 2014

Monday, August 25, 2014 Nazlee Ismail 11 Comments


Semangat patriotik datang tak menentu ; terkenang enam tahun yang lalu  aku di sini dan masih lagi di sini . Memulakan tugas sebagai kakitangan awam kerajaan..bulan Jun 2008, ...bila tiba bulan kemerdekaan ..Ogos 2008..aku salah seorangnya antara wakil agensi untuk acara kawad kebangsaan di Dataran Merdeka Kuala Lumpur.

Muka baru..memang kena dan paksa libatkan diri memeriahkan. Redhakan saja sebab kena bangun awal pagi ke KL hadir latihan kawad...itu semua adalah kenangan manis.
Untung orang baru yang melapor diri tahun² selepas itu.. kena bulan kemerdekaan jatuh pula di bulan puasa...memang tak ada acara seperti itu dijalankan...itulah, semangat merdeka semakin pudar..tahun ke tahun.

Nampaknya tahun 2014 ni ada perubahan sikit ...meriah sebab organisasi yang bertanggung jawab memainkan peranan.

Kempen Jalur Gemilang Angkasa bermula sejak awal pagi tadi..menyahut seruan itu, maka ramai lah kakitangan diminta untuk melibatkn diri..

Kalau di rumah, aku dan mamaD dah siap pasang bendera Malaysia malam tadi lagi...cuma tak berkibar je la..lekat dekat pagar. Hurmm..baru tahun ni Jalur Gemilang terpasang di rumah sendiri. Lama dah tak rasa semangat merdeka..akui semangat pahlawan dulu semakin pudar.

Ada beberapa keping gambar dikongsikan untuk kenangan di masa² akan datang...
Yang eksaitednya ..ramai suka bergambar ;  muka memasing akan keluar TV ,  ..haha  ye ke tv ...RTM?


...tak masuk tv pon tak pe lah...masuk blog PCL pon jadi lah kan....Worlds jugak !


semangat nak pasang bendera...tak sabar tunggu hari siang..
mamaD, ...ratu mama Malaysia !
selfie dengan Jalur Gemilang yg siap di pasang...
selfie "kempen jalur gemilang angkasa"
selfi yang ini tak masuk tv, cuma masuk blog PCL ni jer..
dah tau nak masuk blog..tambah ramai lagi nak  selfie wefie 
mama-mama korporat (Pn Fiza, Pn Asni dan Pn Farah)
En Shah .. jiran meragkap blogger jugak..(Cerita Si Padlie)
En Karthi ~ bawa balik bendera untuk anak2 juga haha..

ANGKASA : Meriah suasana sekitar kempen ..





11 comments:

  1. wahhh...masing2 semangat!!

    ReplyDelete
  2. salam. bestnya kalau dekat nak jugak turut serta :)

    ReplyDelete
  3. Wahh terbaik la ...Cun la semua gambar kat atas tuu ..sempat selfie lagi ..

    ReplyDelete
  4. masuk blog pun dah cukup famous la PCL..hehehese..semangat patriotik tu yang kita nak kan..

    ReplyDelete
  5. kita pun dah pasang kat balkoni,nanti nak tambah lagi,kot ada lebih boleh buh kat keta plak heheheh....

    ReplyDelete
  6. Bersemangat semuanya. Tp tahun ni bila tengok kat jalan raya,dah jarang tengok orang pasang bendera kat kereta. Takpalah asalkan dalam hati mereka ada bendera Malaysia.

    ReplyDelete
  7. sempat pasang kat depan umah, tapi angin tiup lak..aisyyyy

    ReplyDelete
  8. ini yang kita mahu..
    smangat:)
    shark mmg pasang tiap2 tahun kt pagar umah.
    mmg best bila nmpk berkibar :)

    ReplyDelete
  9. Assalamualaikum pcl, amboii semangat gila korang. sedih sheila sebab kerja sorang je kat office. takda kawan nak kibar benda sesama. hihiiii

    ReplyDelete
  10. semangat yg kian pudar.. susah nak nampak jalur gemilang di jalan raya sekarang ni.. :(

    ReplyDelete


[PENAFIAN]
www.nazlee.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.
Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.