My AirAsia Free Seats !

Friday, August 29, 2014 PCL 18 Comments


Jika saya mempunyai 10 Tempat Duduk Percuma AirAsia, saya akan ke Negeri Sabah, Malaysia dan saya akan bawa bersama 9 orang yang rapat dengan saya, mereka ialah Nordiana (isteri), Husnina (anak sulung), Hanis (anak bongsu), Ismail (bapa), Narimah (ibu), Rokiah (ibu mertua), Rosyidah (makcik), Naim dan Adlina (anak saudara).

- Saya pilih mereka ini adalah kerana kesemuanya kecuali mertua saya, tidak pernah merasakan terbang di awan biru, dengan AirAsia yang menyediakan peluang seperti mendapat tiket percuma membolehkan kami terbang ; Setiap orang dari kita berpeluang dan boleh terbang dengan AirAsia. Everyone Can Fly !

- Negeri Sabah di bawah bayu, destinasi yang saya pilih ini adalah sebagai menyahut kempen kerajaan sempena Tahun Melawat Malaysia #VMY2014.  Penerbangan paling jauh dalam negara walau tidak dihadkan oleh pihak AirAsia, namun pemilihan ini adalah wajar merangkumi bajet perbelanjaan setiap mereka yang saya bawa bersama nanti.

Saya sudah fikirkan kesemuanya, cuma hanya menanti dengan penuh harapan agar pihak AirAsia menimbangkan peluang yang sepatutnya memihak kepada saya. Besar harapan saya, besar lagi harapan ahli-ahli keluarga terdekat saya untuk terbang bersama AirAsia dan merialisasikan impian mereka.

Anda jangan kecewa jika tidak berada dalam senarai pilihan saya kerana syarikat penerbangan AirAsia mempunyai Promosi Tempat Duduk Percuma mereka yang sedang berlangsung! (Klik baner di bawah)

Rancang percutian anda bersama AirAsia pada tempoh perjalanan dari 1 MAC - 24 OKTOBER 2014

Tempah sekarang sebelum 31 Ogos ini berakhir !!







18 comments:

  1. dapat ke tiket FREE tu utk 10 orang tu PCL

    ReplyDelete
  2. All the best PCL, tapi saya jarang menggunakan AA, saya masih kesian dgn MAS dan selalu guna MAS je..hihihi, takpe, sbb AA dah ramai pengguna, tak rugi dgn saya sorang

    ReplyDelete
  3. all the best pcl...kalau sy dapat ticket free pun saya akan ke sna jugak...

    ReplyDelete
  4. Assalamualaikum pcl. semoga berjaya ya ~~~

    ReplyDelete
  5. All the best abang nazlee.. semoga berjaya

    ReplyDelete
  6. good luck PCL... moga dpt bwk family jenjalan...

    ReplyDelete


[PENAFIAN]
www.nazlee.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.
Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.