Sengaja buat-buat tak nampak !

Wednesday, August 27, 2014 Nazlee Ismail 12 Comments


Walau meeting ada makan², aku tetap balik rumah nak makan tengahari...mamaD masak sambal ikan tongkol hari ni...

Meeting start pagi...jamah sarapan nasi lemak sikit.. tengahari terus balik rumah ; kesian mamaD biasanya nampak keletihan menguruskan anak² asuhan yang makin hari semakin lasak... sorang² ada perangai memasing.

Masa aku balik, memang dah biasa ... Laikha, Syafie akan menyorok di belakang sofa..mintak aku cari. Aku buat² tak nampak...sengaja buat tak nampak, depa ni suka kalau digempaq..menjerit sakan la riuh rendah..

Si Kecik sekali tu... Mea, dia pun sama naik jerit..haha. Sebelum kami makan di meja  makan,  kena la layan dulu budak² tu macam tu...emm kalau tak , susah laa..nak mengekor mama je..

Hari ni depa ni dah tak bising sangat, sibuk dengan buku... buku² lama kak Hanis jadi mangsa..selalu dapat buku jer bagi selerak...tapi kali ni mood baik sikit, dah bosan agaknya.

Syafie pun dah pandai bergaul dan bercakap...baru boleh sebut banyak patah perkataan, sebelum ni dia banyak diam jer.. Laikha yang sebaya pun bahasakan diri dia sebagai kakak... *kakak la sebab mulut sama macam orang dewasa bila bercakap..hah kadang lucu jugak bila dia boleh nasihatkan 'adik² ' lain dan menagajuk cakap mama..


12 comments:

  1. seronok melayan karenah anak-anak yang nak membesar nie PCL...at least taklah sunyi rumah tu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang tak sunyi...kecuali hari cuti..Hanis pon dah besar..kdg buat hal sendiri dlm bilik..

      Delete
  2. Seronok dalam pening2 lalat..hehe

    ReplyDelete
  3. timm bab2 budak ni xpndai nk jga..kucing tau larr..hehe..

    ReplyDelete
  4. comel nya dedua si kenit tu....

    ReplyDelete
  5. Rajinnya anak-anak ni....

    ReplyDelete
  6. seronok bila rumah meriah, walaupun bukan rumah sendiri, kan

    ReplyDelete
    Replies
    1. Transit seperuh hari.. boleh meneman kesunyian mamaD.

      Delete
  7. YE AIR TGN ISTERI..MMG SUPER SEDAP DN BERKAT PCL..

    ReplyDelete
  8. best layan budak2 nie.. sampai kite penat nak layan.. tp tetap best..meriah rumah :)

    ReplyDelete
  9. untung bleh balik makan tghari kat umah,kita masak awal pagi,bawa bekal je laaaa hehehhee

    ReplyDelete
  10. tak rasa nak ada anak kecik lagi ke heeee

    ReplyDelete


[PENAFIAN]
www.nazlee.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.
Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.