Seronok bila jumpa sahabat lama..

Saturday, August 02, 2014 PCL 6 Comments

Sudah lama aku plan nak jumpa dia..mula bersahabat sejak masa kami sama sama ambil kursus elektrikal di SM Vokasional Nibong Tebal , Pulau Pinang.

Kalau bukan melalui medium fb muka buku mungkin susah sikit nak bertemu kembali sahabat lama...ini adalah dari suatu sudut positif yang bermanfaat.

Okay, sahabat aku ni namaya Mohd Huzairi ; kurus tinggi..dan baru tadi jumpa dia di rumah.kenduri..masih sama seperti dulu....tak nampak tua tapi lebih 'bertenaga'..anak sulungnya sudah berumur 19 tahun..kahwin muda jugak tu....hihi.

P/s..teringat apa yg ustaz katakan di kuliah subuh tadi ; kita digalakkan istiqamah mendirikan solat sunat rawatib selama lebih 40 hari untuk melihat perubahan kepada diri kita terutamanaya berkenaan kesihatan tubuh dan awet muda.. di samping amalan wajib dititikberatkan.

Aku rasa beliau mengamalkan seperti apa yang ustaz perkatakan...ada nur diwajahnya..alhamdulillah.

Beliau kini meneruskan bisnes keluarga iaitu Perniagaan Sinar Hijrah ; menyediakan perkhidmatan haji dan umrah.

Last masa nak balik...aku cakap kat dia supaya mendoakan sahabat supaya mendapat seru lambaian kaabah sebelum kami melelapkan mata.

Insya Allah.

Psst...suka bila jumpa sahabat yg berjaya dalam kehidupannya.


6 comments:

  1. smt nibong tebal belakang rumah saja hahahak..
    amin semoga kita semua ada rezeki dijemput menjadi tetamu-Nya disana.

    ReplyDelete
  2. Owh CT ni org nibung tebel la...t.kasih , insyaAllah itu yg diharapkan semua orang yg berkemampuan.

    ReplyDelete
  3. Memang seronok dapat jumpa kawan lama kan...semoga doa PCL cepat dimakbulkan Allah...aamiin

    ReplyDelete
  4. raya adalah platform yg plg sesuai berjumpa sahabat lama ...

    ReplyDelete
  5. Wah..mesti banyak nak citer..

    ReplyDelete
  6. kita patut contohi org yg berjaya seperti ini...PCL pun awek muda..JM ingat belum 4 series hiksss

    ReplyDelete


[PENAFIAN]
www.nazlee.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.
Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.