Sifat Pendiam atau Ceria yang anda cari?
...yang pendiam itu tak semestinya bersifat pemalu, dan orang yang ceria itu pula tak semestinya tak tahu malu ..kan !Sifat pendiam disusuli dengan sifat pemalu...ini yang selalu kita anggapkan, terjadi kepada ramai orang malahan dalam perhubungan sosial juga. Bagusnya pamalu itu adalah suatu sifat terpuji Rasulullah saw.
Jika pemalu berserta pendiam memang mengkekokkan keadaan, tak boleh nak buat apa... Siapa nak mula bicara , topik apa yang nak dibicarakan...antara yang bukan mahram itu sudah semestinya ada sifat malu ; jangan 'malu-malu miow' sudah la...
Hilang sifat malu dalam diri seseorang itu menggambarkan ketipisan imannya. Ini kerana malu dan iman berjalan beriringan. Jika salah satu ditinggalkan, maka kedua-duanya akan hilang. Sifat malu adalah sebahagian dari enam puluh cabang iman dan malu pula terdiri dua jenis. Malu nak buat baik (melanggar perintah Allah dan RasulNya) dan satu lagi malu nak buat kepada kebaikan (mengikut perintah Allah dan RasulNya).
* 60 cabang tu, aku pernah baca tentang riwayat Abu Hurairah r.a...
okay..dah terlajak cerita bab malu pulak...hurmm, sebenarnya aku nak cerita pasal lain..."Sifat Pendiam atau Ceria.."
eksaited sangat nak kupas bab pemalu kerana aku kadangnya macam tu jugak, sifat malu sukar nak dikikis..bajet baik hah ! *abaikan.
Aku lebih fokuskan perhubungan dalam rumah tangga, bila sudah berkeluarga perkara ini perlu diambil kira...
kalau di luar rumah sudah sejak azali lagi pendiam orangnya, cubalah bina keceriaan dalam perhubungan dengan pasangan...dengan anak-anak.
Tak adil rasanya bila di luar rumah dengan kawan-kawan ceria yang amat, balik rumah murung dan tensi...
Rumah kediaman kita umpama syurga kehidupan dunia, penat lelah..kusut bab kerja...balik ke rumah segalanya hilang dengan suasana yang kita bina bersama...wujudkan suasan dengan kerjasama.
Cubalah cari bahagia, tak cari mungkin tak merasa lah...mungkin. ; antara dia dan diri kita mungkin ada persamaannya. Gunakan persamaan itu, ketepikan perbezaan yang menjahanamkan...bak kata bidalan ; hanya Jauhari sahaja yang mengenal Manikamnya .
Hanya orang-orang yang beriman akan menghargai dan mengagungi keimanan orang yang patut dicintainya kerana hanya orang yang baik-baik sahaja yang inginkan sesuatu yang baik…di situ sudah menampakkan penilaiannya…di mana jodoh yang baik adalah untuk orang yang baik… dan begitulah sebaliknya.
Berkata Imam Nawawi: “Aku menyintaimu kerana agama yang ada padamu, jika kau hilangkan agama dalam dirimu, hilanglah cintaku padamu..”
pss... yang bersederhana dalam segala hal itu adalah sebaiknya dalam perhubungan dan asas agama sebagai panduan . wallhua'lam.
Tweet
salam. sy suka entri ni..nice sharing!
ReplyDeleteSy pendiam...en hubby peramah..saling melengkapi...haha..
ReplyDeleteSalam PCL
ReplyDeleteSaya juga sorang yg pendiam dan pemalu...sebab tu selalu singgah sini dan membaca tapi jarang2 tinggalkan komen... :)
BM malunya bertempat tapi bukan di blog pcl tempatnya. TERIMA KASIH sudi jga dalam malu² anda.
DeleteOrang pendiam yang pemalu adalah yang terbaik..:)
ReplyDeleteAssalamualaikum dan salam singgah selasa PCL...saya seorang yang pendiam...tapi mudah mesra....hehe...suka baca entry ni...
ReplyDeleteHurm tips ni , boleh Ty guna eh!
ReplyDeleteSangat setuju...'Cubalah cari bahagia, tak cari mungkin tak merasa lah'..........
ReplyDeletesaya pendiam, tapi sifat pendiam saya disukai suami sebab saya tak suka membebel dan tak banyak komplen.......
Pendiam tetapi ceria adalah jenis manusia yang sangat disenangi
ReplyDeleteJm pun pendiam dan pemalu tetapi ada masanya boleh jari peramah dan ceria bergantung kpd keadaan. Suka berkawan dgn org yg ceria sbb hidup seperti seindah suria :-)
ReplyDeleteSha pendiam, hasben peramah sangat... tapi bila Sha dah kenal orang, ceria2 aje !! hewhew
ReplyDelete