Warung kampung rasa masakan hotel !

Sunday, August 31, 2014 Nazlee Ismail 15 Comments


Kedai mee celup Rokiah namanya, memang style kampung betul... ada jual bihun, bakso, koey teow , bubur nasi dan mee, semuanya berasaskan makan dengan kuah sup yang sedap.

Sabtu dah singgah makan bihun dengan mamaD, pagi tadi nina dan hanis nak makan magie sup...lagi sekali kami ke sini. Memang rasa nak makan selalu tapi risau jugak, takut kena penyakit. Dalam sebulan sekali boleh la nak llepaskan gian.

Nak tengok gambar kedai tu?  Aku sempat snap gambar tu pagi tadi. Sejak bertahun dulu dah wujud kedai sup ni, asalnya berdindingkan papan dan kain kanves dan ada penambah baikan nampaknya,  dah berganti papan baru namun tetap tak ubah cara lama. Masih kekal dengan status warung kampung lagi.

Orang yang berniaga tu dari keturunan Kemboja. Melayu kemboja dari Kampuchea, mungkin sup yang dijual adalah resipi tradisi kemboja.

Boleh makan, jangan takut  sedap rasanya.

Kalau tidak,  mana mungkin orang ramai datang makan bermula 7 pagi sampai ke 1 petang waktu berniaga, lokasinya berhadapan dengan Masjid Kanchong Darat, Banting.

Tengok gambar mesti perasan lah.

Harga terkini ; Bihun sup Rm4.00 semangkok (sebelum Ramadhan 2014 / Rm3.50)

15 comments:

  1. Berapa harga menunya.....

    ReplyDelete
    Replies
    1. saya dah update...sori terlupa letak harganya / Rm4

      Delete
  2. Wah...bole la skali skala ke sana singgah..puas hati klo mcmtu..^_^

    ReplyDelete
  3. bihun sup sambal merah... sedappppppppppp !!!

    ReplyDelete
  4. Oooh..mcm photo Vietnam..sedanya

    ReplyDelete
  5. he..pmbetulan...mcm pho->sup Vietnam

    ReplyDelete
  6. Assalamualaikum dan salam Selamat Hari Merdeka...nampak sedap tu...

    ReplyDelete
  7. bleh singgah ni..dekat umah mak angkat...

    ReplyDelete
  8. wah..bertambah rezeki orang kemboja ni berniaga di Malaysia kan...Patut org Malaysia kena berusaha gigih juga

    ReplyDelete
  9. memang konpem sedap nihh...

    pst, waalaikumussalam pcl...

    ReplyDelete
  10. sedapnyee... terliur suda..hihi

    ReplyDelete
  11. Assalamualaikum.. Selamat Pagi.. Datang merayau-rayau ke sini.. Jenguk rakan #KelabBloggerBenAshaari .. Cool...

    ReplyDelete
  12. Wahhh, nampak pun dah sedap. Nak kena try ni.

    ReplyDelete
  13. RM4.00 sepinggan, kira masih murahlah, dengan sedap lagi..kalau dekat rumah mesti saya nak try punya...

    ReplyDelete
  14. wahh...tengok gambar je pun dah tahu sedap...nice! harga pun ok kn... ^_^

    ReplyDelete


[PENAFIAN]
www.nazlee.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.
Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.