Aku pulak yang sakit hati..

Friday, September 12, 2014 PCL 10 Comments




Salam jumaat, pagi ni hari terakhir aku berada di PD, mungkin sehingga jam 12 tengahari kursus pendek ni akan tamat.

Dah sarapan?


Alhamdulillah... jarang sekali aku mulakan sarapan dengan salad, tapi  pagi ni lain macam sikit...hihi.

Okay, layan lah sarapan memasing, nikmati dengan penuh rasa syukur.

Jangan libatkan makanan HARAM masuk ke dalam tubuh anda.

Pagi ni pun kalau anda menonton berita tv isu lama tentang pengharaman rokok diperkatakan lagi .

Ramai kot yang memulakan sarapan pagi anda dengan menyedut asap rokok. Secara tak langsung ianya berlaku tanpa sedar.
Orang sebelah yang merokok , kita yang bukan perokok juga tersedut malahan risiko dari kesan akibat rokok itu sangat membahayakan kesihatan. Ramai sudah tahu tapi ramai juga yang buat-buat tak tahu.

Berbagai kempen anti rokok sudah dibuat sejak dari dulu lagi dan usaha menyedarkan perokok dan terkini usaha membasmi rokok seludup juga giat dilakukan oleh semua orang terutamanya pihak-pihak yang terlibat secara langsung.



Jangan ganggu keselesaan orang lain. Anda yang hisap rokok , aku pulak yang sakit hati melihatnya..huh!








10 comments:

  1. Kalau yg jenis hidung mcm irra, hoi memang terus cepat2 balik..tak tahan bau...diorg main sembur jer...nk sakit, jgn libatkan org lain sekali kan

    ReplyDelete
  2. eeii.. mama sendiri pun pantang orang hisap rokok ni!

    ReplyDelete
  3. KM pun tak berkenan dengan perokok yg selamba hembus tak tengok org kiri kanan... alahan...

    ReplyDelete
  4. tu lah...asyik ingat nak tunjuk mancho lah sangat...kang telantar hospital...bok tahu mana machonya..hihi..

    ReplyDelete
  5. salam jumaat..
    wahh sihatnyer breakfast :D
    10 tahun yg lalu abah sy adalah perokok tegar.. sbb kene sakit jantung dia pun berhenti sampai skang... bila satu keluarga jalan2, dia nampak org merokok, dia terus tanya kami.. "abah pelik, apa yg best sgt merokok ni?"
    kami semua pandang dia mcm .. krikk krikk krikk... you should know better.. huhuhu

    ReplyDelete
  6. Sabar nah PCL .. saya pun tak suka org yang merokok , ganggu ketenteraman awam jah.

    #Taknakrokok

    ReplyDelete
  7. Kita pun agak "sakit hati" dengan perokok ni..Hmm..

    ReplyDelete
  8. salam. sy tak tahan dengan asap rokok..bole semput jadinya huhu

    ReplyDelete
  9. sebab dah terbiasa & tiada tindakkan tegas merokok di tempat awam maka kebanyakkan perokok tak peduli @ hormat orang lain yang tak merokok @ tak boleh bau asap rokok

    ReplyDelete
  10. Suka di jepun dulu...org merokok di tempat yg dikhaskan merokok shj..dan yang paling best..org yg merokok ikut jer peraturan tu..kita yg x merokok pon aman jer rasa..hihi..

    ReplyDelete


[PENAFIAN]
www.nazlee.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.
Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.