Bob tak makan ikan !

Tuesday, September 09, 2014 PCL 4 Comments


Lama sudah tinggal berjiran baru sesekali ada masa nak beramah mesra, masing-masing sibuk dengan suami , anak yang masih kecil.

Kenal hanya rupa tapi tak tahu nama suaminya, nak bertanya , bertegur sapa hanya dengan senyuman saja, maklumlah tak sempat.

Untunglah senyum berbalas , tahulah dia tak sombong cuma masa  tak mengizinkan.

Selalu nampak hanya kelibat kucing peliharaan saja yang rajin bertandang ke rumah jiran.

Bagus jugak jenis orang yang tak banyak cakap, tak banyak cakap maka tak akan buat dosa mengumpat banyak. Lebih selamat. Lepas balik kerja terus masuk ke dalam rumah.

Kejiranan sekarang memang situasinya begini. Dari suatu sudut ia nampak kebagusan akhlak dan suatu sudut lagi lebih kepada mementingkan diri ; di mana nilai-nilai murni dalam kehidupan bermasyarakat?

Di suatu petang , adalah kesempatan masa terluang untuk berborak seketika sambil memerhati gelagat anak-anak bermain. Memang dia tak sombong orangnya tapi cuma tak rajin bergaul. Kita ni pon bukannya rajin sangat nak,  nak berborak kosong.

Borak punya borak sampai la ke part ni :

"...Bob tak makan ikan, ... ayam dan daging je dia suka".
...diam seketika ..
*(Berapa ekor bela kucing?)
*(Yang mana satu nama Bob tu?)

"..Bob kerja kadang balik awal , kadang lewat.."

Nasib tak tanya dia..kalau tak mesti marah dia kat kita..hurm.

#Ramai jer yang berjiran sekian lama sudah ramah bertegur salam , tapi susahnya nak bertanya nama/perkenalkan nama.

...kalau terkeluar pertanyaan tu, dah sama sama malu..

Hurm. Geleng kepala.

~ aku mendengar cerita dari mamaD





4 comments:

  1. nasib baik..tak pasal-pasal kang masam muka hehehe,tu pentingnya saling bertegur dengan jiran kan

    ReplyDelete
  2. Hahahaha..saya pun mulanya ingatkan kucing jugak... kerana teringat kucing saya Hero yg jugak tak makan ikan...

    ReplyDelete
  3. Laaa..bob tu orang. Hahahaaaa

    ReplyDelete


[PENAFIAN]
www.nazlee.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.
Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.