Cabaran 30 Hari [13] : 5 Blog Kegemaran Anda
5 Blog Kegemaran PCL ; #cabaran30hari #kelabbloggerbenashaari
4 tahun dulu sebelum aku ada blog sendiri, aku memang suka masuk blog orang untuk membaca pelbagai cerita menarik dan berita semasa ; menghabiskan masa di depan komputer berjam-jam lamanya. Kepala jadi sarat dengan info dalam berbagai bentuk maklumat.
1. BLOG CINA ISLAM ; oleh Dr Idham Lim, dulunya banyak info dan perkongsian ilmu agama dan berselang seli dengan cerita politik. Aku layan sebab aku suka baca info dengan isu politik panas di musim pilihan raya. Tapi aku sekadar jadi silent reader sahaja.
2. BLOG SAIFULISLAM ; aku dapatkan info tentang sejarah Islam dunia. Aku suka blog Ustaz Hasrizal ni, pengalalaman beliau semasa zaman belajar dan bermastautin di Negara Timur Tengah dikongsi bersama dan kisah tauladan kekeluargaan beliau yang menjadi tarikan aku ke blognya berterusan. Aku masih lagi silent reader masa tu dan sehingga kini.
Dua buah blog teratas tu menjadikan aku terus minat nak baca blog-blog lain yang berbagai info lagi. Tapi sekadar nak baca dan nak komen blog tak boleh. Tak suka jadi anonymous, aku belajar buat blog sendiri melalui blog tutorial.
3. BLOG TUTORIAL ; Di negara kita ramai blogger telah muncul dari hari kehari bertambah jumlahnya. Dalam banyak-banyak tu aku masih lagi berkunjung ke blog ni untuk merujuk cara nak membina blog , aku cedok ilmu kemas kini blog dari sini dan beberapa blogger lain yang berkaitan.
4. BLOG BERITA HIBURAN ; bila orang sembang pasal artis aku tahu nak selit sikit², sebabnya aku terjah blog abam ni, tapi sekarang dah banyak info terkini tentang hiburan boleh baca. Tapi lebih suka blog ni kalau nak tau terkini.
5. BLOG BEBEL ; dulunya suka baca bebelannya dan menjadi kesukaan blog newbie juga untuk menaikkan trafik blog dan koleksi komen dari pembaca. Sekarang lagi suka sebab join kelab blogger kelolaan beliau. #kelabbloggerbenashaari
Banyak lagi blog yang aku gemar, bila singgah pasti akan komen , kalau tak nampak komen tu maknanya pcl tidak blogwalking laa, jujur ku katakan. Ampun maaf banyak² kepada anda yang selalu ke sini walau tak berbalas , anda tetap setia.
Menyahut cabaran, aku senaraikan pilihan yang ke seterusnya...
Ehh dah habis !! , kiranya semua blog blogger lama dan baru yang aku tinggalkan komen tu ; Pcl suka la teww !
Sekian.
Tweet
PCL suka ke?? hahahha selalu je rasa teruja kalau PCL tinggalkan jejak...
ReplyDeletedah lama tak jejak kan kaki kat blog saiful islam tu...tp mmg best blog beliau...hehehe
ReplyDeletebagusnya rajin timba ilmu daripada blog =)
ReplyDeletebetul... KM suka baca blog tutorial. Try sampai dapat... tak dapat baru tanya orang huh..
ReplyDeleteSemakin menarik cabaran ni..teruskan perjuangan..:)
ReplyDeleteAda antara yg PCL senaraikan blog kat atas tu, CM pon rajin singgah baca jugak..blog PCL pon best jugak..real life story kan..
ReplyDeleteblog pcl pon best jugak.. sebab suke baca pasal anak2 pcl.. sporting :)
ReplyDeleteHanim pun suka blog saifulislam :)
ReplyDeletei dulu ade satu blog yg i suke..tapi sejak meninggalkan dunia blogging suatu keetika dahulu.. sudah lupa kesemuanya..huhuu
ReplyDeleteShanghai Mooncake: A gift from my Handsome Student
Kiranya blog jm termasuk dlm bloglist yg suka d kunjungi lah ye. Opss perasanmeh
ReplyDeleteBlog abah careno blog merapu... nmpaknya xda dlm list laa... hahhaa
ReplyDeleteSuke jer blog pcl sbb selalu citer psl kekeluargaan..
ReplyDeleteayu layan gak saifulislam blog..
ReplyDelete