Cabaran 30 Hari [16] : Siapa, Bagaimana Anda 10 Tahun Lagi

Tuesday, September 16, 2014 PCL 5 Comments


[Siapa, Bagaimana PCL 10 Tahun Lagi ?]

Maknanya lima puluhan lah usia aku, insyaAllah akan banyak perubahan ke arah kebaikan , itu azam setiap 5 tahun mesti ada perubahan besar dalam hidup . InsyaAllah.

Tapi aku masih lagi kerja makan gaji ?? dan kalau lah pendapatan blogging melampaui dari apa yang aku dapat sekarang..berenti lah huh buat apa nak pening kepala buat dua , tiga kerja !

sekarang ni pon suasana kerja nampak TEGANG !! ramai nak bertukar , beralih arah !!

Okay menjawab soalan #cabaran30hari #kelabbloggerbenashaari

Siapa PCL?
~ seorang insan biasa, jadi orang senang yang senang bantu orang lain dalam kesusahan.


a) Dari sudut kehidupan bermasyarakat ;
Aku mesti geng pakcik-pakcik masjid, even sekarang ni pon dah semakin dekat dengan mereka.
Berkawan dengan Wak-wak yang dihormati, boleh dan pandai cakap jawa.

b) Dari sudut penampilan diri ;
Kuku, setiap jumaat mesti potong begitu juga rambut ...potong kemas tiga minggu sekali .
Dressing smart, pakai kemeja seluar slek kain lembut, sentiasa pakai kopiah...dah Haji barangkali, lagi pun almaklumlah kepala dah licin..rambut putih tinggal yang tepi-tepi je.

c) Dari sudut kehidupan bekeluarga ;
Ke masjid selalu dengan jubah bawa isteri bersama dengar kuliah, tazkirah dan sebagainya.
Hujung minggu basuh kereta isteri dan kilatkan motor sendiri.
Tunggu anak-anak ajak ikut melancong sana sini.

Semuanya dilalui dengan tenang , hidup aman damai sebab hutang dah langsai.

Dan akhir sekali ; Kalau Aku masih menlis blog , mungkin hanya kata-kata nasihat dari seorang otai blogger yang berjaya barangkali boleh dikongsikan bersama.


Kelab Blogger Ben Ashaari



5 comments:

  1. InsyaAllah semoga hasrat abg pcl akan tercapai untuk 10 tahun lagi.. amin

    ReplyDelete
  2. ooo sekrang dah umur 40 ker?

    ReplyDelete
  3. 10 tahun akan datang kita tak atau ape jadi..nad doakan PCL baik-baik je

    ReplyDelete
  4. 10 TAHUN LAGI SAYA BERHARAP, SIDE INCOME SAYA MENCECAH 5 ANGKA SEBULAN...

    ReplyDelete
  5. Yang pastinya umur pendek 10 tahun..:(

    ReplyDelete


[PENAFIAN]
www.nazlee.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.
Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.