Cabaran 30 Hari [Hari 11] : Kenangan lucu zaman kanak-kanak

Thursday, September 11, 2014 PCL 9 Comments


Zaman kanak-kanak yang lucu tu memang susah nak gambarkan kepada anda, pembaca setia blog ni sebab bagi aku sesuatu yang melucukan itu ialah sebuah kenagan yang boleh menggeletek hati sendiri bila mengigatkannya.

Anda setuju tak... setuju tak pendapat tu?

[Menyahut cabaran ke 11 #cabaran30hari #kelabbloggerbenashaari ]


Darjah 1, 2, 3 belum akhil baligh lagi..otak hanya fikir main dan memain saja. Buat apa pun masa tu semuanya main main.

Berpakat dengan 3 kawan sebaya, konon nak cari duit lebih, nak berbelanja lebih untuk makan sedap di kantin sekolah.

Dapat tahu satu projek jual aiskrim malaysia dari seorang kawan.
Jeles punya pasal bila tengok poket kawan tu penuh selalu dengan duit. Jadikan semagat berkobar-kobar.

Risik punya risik dapatlah kawan kami tu rakemen kepada tauke aiskrim. Maka bermulalah projek jual aiskrim keliling kampung berbasikal. Projek ni tanpa modal sesen pon dan pulangannya boleh la nak suka suka dapat duit tambahan, upah 3 ringgit untuk 100pcs aiskrim.

1 peti penuh boleh muat 100 batang aiskrim malaysia. Tauke bagi extra 3pcs untuk makan masa buat kerja.

Gambar hiasan ihsan google.com


Ada syarat kawan yang tolong tadi tu, dia kata jangan kacau laluan kampung yang dia jual selalu. Kena cari laluan sendiri.

Laluan baru memang susah la nak dapat pelanggan. Berpeluh kami kayuh basikal keliling kampung. Kami 3 orang pengagihan kerjanya; aku kayuh depan sekali bawak peti aiskrim, basikal ke 2 bunyikan loceng aiskrim dan sorang lagi sebagai tukang canang/jerit. Sambil buat 'kerja' sambil main main gelak, ajuk mengajuk suara pekik suruh orang beli..haha memang muka tebal dan selumber.

Kami sudah masuk ke dua, tiga buah kampung namun tak dapat sorang pun customer huh azabnya! sampaikan aiskrim semakin mencair. Dugaan betul la.

Hari makin petang, jualan tak laku sebatang pun, kira jualan kosong langsung

Apa nak buat?

Nak pulangkan, peti mestilah kosong !

Makan la aiskrim tu secara berjemaah 103 pcs bahagi kepada 3 kepala budak jongos ; jadinya bersamaan 34pcs + 1.

Jenuh makan ais krim masa tu, tak ingat dah macam mana keakhirannya..sebab nak terkucil sangat. KALAU TAK SILAP, peti tu kami bawak balik rumah aku dan sembunyikan atas bumbung gudang kepok padi tokwan aku. Rasanya sampai berkarat kot kat atas tu tanpa pengetahuan orang lain.

Kat mana lucunya?

  • Bila jumpa aiskrim malaysia 
  • Bila tengok pejual aiskrim bawak peti
  • Masa terima gaji, teringat susah payah cari duit .
  • Bila nak mula bisnes.
  • Bila kembung perut nak terkucil.
Semuanya buatkan aku tersenyum sendiri bila teringatkan kenangan itu.

Sekian.




9 comments:

  1. semuanya dah jadi kenangan :)hehehe..memang kembung makan aiskrim banyak tu..

    ReplyDelete
  2. aduhai sedih nyee..makan sume aiskrim haha gile hebat kenangan.. lucuu! Lucu in jakarta is comel!

    Mmg comel betul!:D

    ReplyDelete
  3. sedihnya..terpaksa makan aiskrim tu sendiri..takpe.tu semua kenangan..tapi ape lucunya..hehe

    ReplyDelete
  4. Kenangan paling lucu saya semasa kecil di kampung dulu ialah pernah memakai kain telekung mak saya untuk mengusik budak-budak yang suka merayau waktu malam. Suatu malam dengan bertelekung putih saya tunggu bawah pokok rimbun dan mengilai kuat bila 2 orang budak kaki rayau menghampirinya. Tergelak besar bila tengok budak-budak yang diusik tu lari lintang pukang tak cukup kaki. Yang tak lucunya ialah kedua-dua budak itu demam beberapa hari kerana terkejut...

    ReplyDelete
  5. @Nadia, disebalik rasa sedih tu ada lucunya pada saya..bagi pcl sesuatu yang melucukan itu ialah sebuah kenangan yang boleh menggeletek hati sendiri bila mengigatkannya kembali. Senyum mengenangkan..

    ReplyDelete
  6. rindu nak makan. perisa milo sedapnyaa

    ReplyDelete
  7. penangan ais krim malaysia.. lama dah x makan. milo dan asam boi, dapnyer

    ReplyDelete
  8. aduhai sampai kembung ye pcl.. kenangan tu.. boleh cerita dengan anak2 betapa susahnya nak cari duit.. mak ayah anis pon rajin bercerita zaman kecik2 diaorang..

    ReplyDelete
  9. dulu buat jual juga... pastu ajak kawan-kawan datang beli hehe

    ReplyDelete


[PENAFIAN]
www.nazlee.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.
Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.