Cabaran 30 Hari [Hari 3]: Sesuatu Yang Menguatkan Anda.

Wednesday, September 03, 2014 PCL 26 Comments


Ada isteri yang seorang itu saja, aku tak simpan buah fikirannya, aku minta pandangan beliau dalam segala hal. Kita sebagai suami, jangan pandang remeh pendapat isteri. Kalau kita rajin berkongsi maka dia lebih terbuka sikapnya dan ketika dalam keadaan buntu , ini lah masanya yang sesuai untuk memulihkan kekuatan.
Sekadar memahami dan turut merasai, itu sudah cukup bagi aku.

Bonus rezeki dari Allah jika dalam sebuah perkahwinan itu dikurniakan zuriat yang segera . Melihat anak-anak membesar depan mata, melayani kehendak dorang . Dan cari suatu masa terluang,  ajak dorang bermain-main, jadikan kawan dan wujudkan suasana humor. Suara dan gelak tawa dorang adalah pengubat segala duka.


Anda setuju dan percaya ?

Jika tidak, segeralah bertindak. Korang akan dapat merasakannya dalam usaha mencari bahagia itu.

Kawan-kawan,

Aku nak bagitau, dalam grup #kelabbloggerbenashaari ada segmen mencabar diri blogger ; inilah cabaran hari ke hari dalam memenuhi tugasan yang dicari sendiri :), tajuknya :

Sesuatu Yang Menguatkan Anda .

#cabaran30hari , Impaknya adalah mendapatkan kepuasan yang orang lain tak akan rasa , tak perlu rasanya nak jelaskan secara terperinci.

Biarlah setiap perkongsian di sini dapat dimanfaatkan jika ada kebaikannya untuk pembaca sekalian.

Sekian.

Abah saya tu kuat semangat orang nya ..tau !


Entri berkaitan :





26 comments:

  1. siapa lagi penguat diri kalau bukan isteri dan anak2 kan..

    ReplyDelete
  2. Keluargalah segalanya buat diri kita

    ReplyDelete
  3. hahha... tetap muka anak gadis jadi keutamaan ya PCL?? semoga kekal dunia dan akhirat PCL... amin Ya Rabbi...

    ReplyDelete
  4. yang terdekat dengan kita itulah kekuatan diri kita...

    ReplyDelete
  5. salam. setuju tu PCL..yang menjadi kekuatan mesti la mereka yg terdekat iaitu keluarga dan kawan+ :)

    ReplyDelete
  6. yg penting jangan manjang nak guna kuasa veto :P

    ReplyDelete
  7. Keluarga jadi pendorong utama..

    ReplyDelete
  8. Semoga kita mendapat manfaat.

    ReplyDelete
  9. keluarga tunjang kejayaan :)

    ReplyDelete
  10. like this entry.. family are everything to me :)

    ReplyDelete
  11. Setuju !!!

    salam perkenalan dari mamamyja. jemput singgah, komen and follow

    CABARAN HARI KE-3

    ReplyDelete
  12. Pendamping setia di kala susah dan senang :)

    ReplyDelete
  13. terharu pulak.. keluarga adalah segalanya.. entri hari ketiga ni rasa sebak pulak. bukan senang nak cerita tentang sesuatu yang kita sembunyikan...

    ReplyDelete
  14. tanpa famly siapalah kita, ye tak ?

    ReplyDelete
  15. sweetnya ! hehe kalau ada keluarga sendiri memang itu lah jadi kekuatan kita. :)

    #hana baru berjaya tempuh cabaran hari pertama hari nie. salam kenal dari hana. ^_^

    ReplyDelete
  16. hehehe... sama la... itu kunci. :D

    ReplyDelete
  17. Family la kekuatan kita ka PCL...

    ReplyDelete
  18. Yang selalu menguatkan kita adalah keluarga, kann?

    ReplyDelete
  19. Famly first. Sbb xde famly, xde kita. Xde pasangan, xde anak2 kita. Mereka penguat tuk kita terus hidup n berikan yg terbaik :)

    ReplyDelete
  20. Kuat semangat ye! Good good. hee

    ReplyDelete


[PENAFIAN]
www.nazlee.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.
Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.