Cabaran 30 Hari [Hari 7] : Sejauh Mana Pentingnya Pendidikan Kepada Anda

Sunday, September 07, 2014 PCL 8 Comments


Sejauh mana? Tak boleh nak ukur jaraknya sebab pengakhirannya belum tamat, selagi boleh dan mampu kita boleh menerima pendidikan sama ada secara langsung atau tidak kita sedari. Hurmm

#kelabbloggerbenashaari penuh dengan cabaran ; mantapkan blogging hari ke hari dengan menyahut #cabaran30hari.

Ni sekarang pun aku sedang belajar dan merupakan penuntut di Universiti Blogger Malaysia? , ada tak pembaca blog ni yang sama batch kita ? ..tak pasti bila boleh grad agaknya!  Hurmm lagi.

Hanis Umairah

Okay, kita share tentang pentingnya pendidikan dalam kehidupan; Aku sangat mengharap anak-anak kami yang dua orang tu meneruskan/penyambung genarasi agar tekun dalam menuntut ilmu dunia dan akhirat .

Anak-anak sekarang kalau parents dorang tak ambil kisah tentang pendidikan memang boleh terjebak dengan anasir kurang sihat.

Penekanan bertapa perlunya belajar dan terus belajar itu harus ditangani dengan penuh dedikasi. Melentur buluh biarlah dari rebungnya dan pendidikan awal itu sendiri bermula  dari rumah lagi.

Perjuangan dalam menuntut ilmu adalah suatu usaha memenuhi tuntutan fardhu kifayah terhadap umat Islam. Dunia Islam kita sememangnya memerlukan ramai pakar dari masa ke semasa untuk memenuhi segenap bidang untuk diterobosi agar lebih maju terkehadapan setanding atau malah mahukan lebih baik di antara yang terbaik.

Doakan kejayaan anak-anak pcl yer. Dan umumnya seluruh masyarakat bangsa kita.

Sekian.









8 comments:

  1. Saya juga setiap hari belajar perkara-perkara baru, kadang2 belajar dari anak2 tentang perkara-perkara di balik gajet dan laptop yg saya sebagai orang tua tak begitu arif mengenainya. Bila ke surau dan masjid pula belajar ilmu-ilmu baru yg tak diajar semasa di sekolah dulu. Betullah kata orang pembelajaran sepanjang hayat...

    ReplyDelete
  2. semoga anak2 pcl berjaya dunia dan akhirat :)

    ReplyDelete
  3. KM doakan kejayaan anak-anak PCL dunia dan akhirat...

    ReplyDelete
  4. mmg sgt2 penting... u iniversiti blogger tu kat mn ya En. Nazlee?

    ReplyDelete
  5. Tak sabar dkna nak pakai jubah ngan topi tu... huhu

    ReplyDelete
  6. betul tu..pendidikan sgt penting..bkan je nak mengubah nasib keluarga tp pendidikan juga dpt ubah negara kita..

    ReplyDelete
  7. Semoga anak2 PCl berjaya..
    Saya pun nak anak berjaya juga...

    ReplyDelete
  8. Didik anak-anak dari kecil.. Tanam dalam diri anak-anak bahawa education tu penting..

    ReplyDelete


[PENAFIAN]
www.nazlee.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.
Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.