Cabaran 30 Hari [Hari 8] : 5 Lagu Cinta Kegemaran Anda

Monday, September 08, 2014 PCL 21 Comments


Memancing sebagai hobi PCL


Jejaka ini petang semalam pergi memancing di Sungai Langat , belakang McD Banting ; nak cari lauk katanya buat keluarga tersayang, nak dapat ikan hidup hasil pancingan sendiri, gigih sungguh la kan.

Dia tu kalau pergi memancing selalunya berteman, kalau tak kawan kaki pancingnya, dia ajak isteri. Katanya tak rasa seronok bila hanya berseronok untuk diri saja ; di rumah suasananya berbeza dan bila berada di tepian sungai sesekali terasa indahnya walaupun sedikit panas.

Sambil menunggu tu; terdengar dia nyanyi lagu-lagu lama yang menjadi kegemaran muda muda dulu, ehh..cintan karat rupanya huh!


  1. Cinta Kain Putih ~ SUTRA
  2. Antara Gadis ~ DINAMIK
  3. Cinta Pantai Merdeka ~ TROPIKA
  4. Suci Dalam Debu ~ IKLIM
  5. Di Sana Menanti Di Sini Menunggu ~ UKAYS

Tapi sayangnya , dia nyanyi lagu sekerat sekerat pulak, baru nak layan.

Katanya, semua lagu-lagu tu tidak berkaitan secara langsung masa bercinta dengan Cinta hatinya, Diana.

" orang macam aku ni mana  pernah hafal lirik sepenuhnya lagu yang aku suka nyanyi, bila dengaq radio keluaq lagu tu, main ikut ja"

Dia tu kalau nyanyi part coures hebat , kalau karaok nyanyi full lyric  Hancuss!

Hurmm.. Nyanyi sikit pon dah nampak awan berarak mendung kelabu , camana tu?

===============================

Okay habis bab selit lagu kegemaran tu..menjawab #Cabaran30hari , #kelabbloggerbenashaari untuk task hari ke lapan.

Sambung bab mancing sikit lagi ; memang petang tu awalnya cuaca panas, mamaD dengan payung merahnya duduk memerhati sambil snap gambar sana sini termasuk gambar kat atas tu *masa tu tunggu sedia; ikan tengah gigit umpan.

[...sambung di entri lain lah] * entri cabaran sudah dijawab okay la dulu.











21 comments:

  1. perghhhh jiwang gak pcl ni hehehhe

    ReplyDelete
  2. layan jiwang..cayalah hehe...

    ReplyDelete
  3. hehe..mmg jiwang karat lagu tuh..like..

    ReplyDelete
  4. jiwanggg eh pcl.. hihihi.. tu mamaD terpikat tu..huhu.. peacee

    ReplyDelete
  5. PCL jom pergi karok??? Ajak MamaD sekali...hik hik hik...

    ReplyDelete
  6. Wahhh jiwangnyeee lagu-lagu PCL.hihi

    ReplyDelete
  7. Disana menanti disini menanti.. hahaa ade tk pcl

    ReplyDelete
  8. Assalammualaikum... PCL,

    lagu kegemaran PCL ... semuanya sendu2 .. PCL

    mselim3

    pls; mengimbau lagu2 rock dan slow rock era 80-90an..

    ReplyDelete
  9. lagu2 gini je layan... dak2 skrg pun layan

    ReplyDelete
  10. layan jugak layu2 tu semua..memang best

    ReplyDelete
  11. Peh..lagu oldskool rock ni..semua tangkap cintan..terbaik bro

    ReplyDelete
  12. Lagu2 karaoke tu PCL!!!

    ReplyDelete
  13. Salam PCL..
    wahhhh ummi minat juga lagu2 pilihan PCL.. mmg syok berkarok lagu nie. hehehehe

    ReplyDelete
  14. Salam PCL...
    wahhhh ummi pun minat lagu pilihan PCL.. syok berkarok dgn lagu cm ni kan.. ade sentimental value kan kan kan....

    ReplyDelete
  15. lagu2 dari kumpulan ukays mmg terbaik

    ReplyDelete
  16. Semua tangkap leleh! hee sukaa

    ReplyDelete
  17. lagu-lagu lama memang terbaik

    ReplyDelete


[PENAFIAN]
www.nazlee.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.
Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.