Jaga anak kecil mahupun jaga anak yang sudah besar hakikatnya sama saja.

Tuesday, September 02, 2014 PCL 9 Comments


Kesian kat anak bongsu aku ni, Hanis Umairah si pipi merah menahan sakit bila doktor cuci nanah pada jari tangannya.

Hanis ni alahan kepada makanan laut, memang perkara nak jadi berulang hanya dengan izinNya jua.

Selepas dressing, hanis menunggu ambil ubat.

Dua tiga hari ni susah sangat nak ikutkan kemahuan menu makan dia, dah tau tak boleh makan sotong, udang, kerang tapi masih ketegar juga nak  makan.

Kesian dan menurut kemahuan anak punya pasal, ginilah jadinya tapi redha takut nanti kempunan makan lagi payah.

Jaga anak kecil mahupun jaga anak yang sudah besar hakikatnya sama saja.

Kecil cara budak kecil dengan keletahnya anak itu. Sudah besar pulak kena memahami kehendak mereka. Kena peka dengan keadaan semasa.

Bukan mudah melayan karenah anak, ingatlah ; begitu juga ibu bapa kita.

Sentiasa ingat jasa ibu bapa supaya kehidupan kita mudah diberkati dan mendapat rahmat Allah swt. Insya Allah.





9 comments:

  1. Betul. Masa kecil takut jatuh bila dah besar takut rosak pula.

    ReplyDelete
  2. kadang2 kesian, tak boleh nak makan tapi sebab diaorang suka tak sampai hati nak larang kann??? tapi tulah bila jadi macam ni, parents yang tak sampai hati nengok...get well soon...

    ReplyDelete
  3. mak ayah anis pon same macam pcl n mamaD.. anak alergic cmne pon kalau anak mintak makanan tu.. mesti mak ayah buat tak pon cari sampai dapat..nak puaskan hati anak2..

    ReplyDelete
  4. kesiannya hanis,yelah,kalau tak dibagi,kesian lah PCL,nak2 kita makan dengan dia..teruknya alahan sampai macam tu kan..kesian dia...moga cepat baik ye..lepas nie kena berhati-hati...

    ReplyDelete
  5. kasih seorang ayah... ;) get well soon yekkk ;))

    ReplyDelete
  6. Semoga cepat sembuh ye... Kadang2 bagus juga kalau tak ikut sangat alahan tu, lelama badan akan immune sediri.. tp kena sabarlah.. hurmmm

    ReplyDelete
  7. Semoga cepat sembuh,
    baca kisah hanis ni, teringat mama sha... walaupun sha dah besar, kalau sha sakit... memanglah merengek macam budak kecik....

    tahniah PCL, menjadi seorang bapa yang baik..

    ReplyDelete
  8. aduhai...terasa plak kat jari sy..lps ni berpantang la...kn sakit diri sendiri huhu

    ReplyDelete
  9. setuju sangat.. bila dah ada anak ni baru tahu.. kadang bila pandang mak dengan ayah hati jadi sayu.... lelah sungguh mereka membesarkan kita

    ReplyDelete


[PENAFIAN]
www.nazlee.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.
Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.