Jangan fikir nak sambung ?

Saturday, September 06, 2014 PCL 7 Comments


Bagus jugak la kalau semua restoran / kedai makan menghentikan perkhidmatan wifi percuma kepada pelanggannya. Boleh jimat kos dan yang lebih utama kepada pelanggan yang datang boleh menggunakan kualiti masa santai bersama rakan atau ahli keluarga dengan sebaik-baiknya. Jadilah pengusaha perihatin.

Kenapa aku kata macam tu pulak?

Okay, tak payah menuding jari kepada orang lain , aku sendiri kekadang  'ter' jugak , yelah terlayan gajet yang menghubungkan secara langsung dengan mereka yang bukan di depan mata dan sekeliling kita, yang tak nampak tu bukan main layan sedangkan yang dekat terasa jauh sangat.

Ini yang disebut 'anti sosial' . Bila ada sambungan wifi , hati terasa gembira tak terkira terus kais-kais skrin telefon pintar memasing, sesekali sambil suap makanan ke mulut. Tanpa ada suara berinteraksi kecuali masa-masa tertentu saja. Itu pun semasa pelayan hendak mengambil pesanan makan dan minum.



*Hah ! jangan fikir nak sambung wifi percuma kat sini.

Bagi yang ada Plan Data wifi milik sendiri juga harus memikir tujuan anda beramai-ramai dengan teman atau ahli keluarga makan berkumpulan

Sebaiknya hendaklah simpan gajet-gajet yang seakan menggangu suasana itu dan sebaliknya memberikan sepenuhnya masa yang berkualiti itu.

#pengajaran itu sesekali datang menginsafkan kita, kadang orang bagi nasihat secara direct sukar diterima. Sesekali terkena batang hidung sendiri bagus jugak.

Hurmm.. jangan sampai orang-orang tersayang terasa hati. Kesian sangat.




7 comments:

  1. Betul tu. Takya la letak wifi. Hewhew

    ReplyDelete
  2. betul! dah jadi trend sekarang ni, makan sambil pegang telefon

    ReplyDelete
  3. kalau nak main internet, baik lepak rumah sendiri je, dok dalam bilik, main la pepuas kan.. hihi

    ReplyDelete
  4. Betul juga tu.. yeahhhhh sepatutnya bila kua makan dengan kwn2/family, harus lah spent time sepenuhnya dgn mereka

    ReplyDelete
  5. aku rasa, wifi percuma ni elok untuk pelanggan yang datang sendiri atau pun mereka yang ada urusan kecemasan (perlu sambungan internet pantas). yang datang berkumpulan (keluarga/kawan2) tu tak payah la kan.

    atau pun pengusaha ni patut kenakan caj tambahan untuk orang2 yang macam ni...

    ReplyDelete
  6. kat perumahan KM pulak ada nama wifi JUL MONYET dengan CURI ITU DOSA huhu... macam2 nama depa duk reka haha..

    ReplyDelete
  7. betul tuu. Hapuskan wifi ! ehh. haha. nanti tak boleh laa nak berblog

    ReplyDelete


[PENAFIAN]
www.nazlee.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.
Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.