Kerja keras !

Monday, September 01, 2014 PCL 8 Comments

Bangun pagi tadi rasa lenguh seluruh badan, rupanya ini kesan kerja keras hari Sabtu lepas. Badan tak pernah dilasak dengan kerja buruh ; memang terima habuannya.

Hari ke 3 baru terasa kesannya, untung mamaD ada membantu ; ingatkan tangan wanita ni cuma kuat goncang buaian saja.

Laluan kereta nak masuk parking bawah porch dah tinggi, sangkut bahagian bumper, jadi aku kena usahakan buat *'gone' macam dalam  gambar.

*panggilan bagi orang utara.

- Kerja kuat ; berjaya nampak hasilnya puas hati, sebab kita yang buat sendiri.

Kerja kuat ampu sana, ampu sini, menindas orang lain hasilnya tak kemana.

Cuba aplikasikan dalam dunia kehidupan moga ada berkat dalam mencari redha Allah swt.


8 comments:

  1. Betul betul... Nak seribu daya, tak nak seribu dalih... terbaiklah abang PCL

    ReplyDelete
  2. urut2 la nnt baikla tu..

    ReplyDelete
  3. Wah...pandai juga PCL bertukang. Saya pulak tangan tak hidup, buat kerja tukang selalu tak jadi....

    ReplyDelete
  4. wahh..siap menyimen lagi tu.

    ReplyDelete
  5. betul2,walaupun penat tapi bila hasilnya kita nampak,sangat berpuas hati...

    ReplyDelete
  6. Ooo..ini namanya gone...kalau tak dibuat boleh menjahanamkan kereta, ye tak

    ReplyDelete
  7. hebat PCL !! gigih dan gagah !! semoga semuanya dipermudahkan PCL..... yeyyyy

    ReplyDelete
  8. KENA BIARKAN BEBETUL KERING DULU.. KALAU TAK CEPAT PECAH / ROSAK..

    ReplyDelete


[PENAFIAN]
www.nazlee.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.
Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.