Kesungguhan ada boleh buat suami bangga.

Tuesday, September 30, 2014 Nazlee Ismail 11 Comments


Bab makan aku aku tak memilih, apa yang ibu kita pernah masak bagi makan dulu itulah yang menjadi kegemaran sampai umur ke tua ni.

Mana nak dapat kalau cari menu masakan kampung kalau bukan di kampung atau suruh isteri masak macam mana ibu kita masak.

Jadi isteri yang memahami selera suami dan keluarganya, dia kena bijak  tackle tentang makanan.

Masakan tu kalau rasa tak sehebat masakan ibu sekalipun, kesungguhan tu ada. Boleh buat suami bangga.


Ikan sepat masak cili


Puji isteri selalu ~ jangan hanya pandai mengeji. Tak bagus macam tu.

Kelab Blogger Ben Ashaari



11 comments:

  1. teringat suami saya pula
    saya tak berapa suka masak lemak
    tapi dia suka, so hari-hari saya masak lemak
    hari-hari jugalah dia makan bertambah
    so sekarang dah jadi comel badan
    sebab hari-hari makan lemak =)

    ReplyDelete
  2. sedap abe weyhh ! haaa. lapar teruss.

    ReplyDelete
  3. hehehe..kekadang kena complain jugak sebab tak masakkan untuk dia..al maklum lah,bekerja..MIL pun dah masakkan hari-hari..harap hujung minggu je dapat masakkan untuk dia..hehe

    ReplyDelete
  4. Ingat kt en hubby kita...suka sambal udang..ngan kita2 terpaksa mkn udang sbb nk dpt selera mcm mak mertua buat...haha..

    ReplyDelete
  5. saya byk belajar masak dengan mak mertua.. sbb nk raih hati suami ler..hehe

    ReplyDelete
  6. Suami suka gulai tempoyak dan gulai taucu gigih la isteri yg orang Perlis ni belajaq dari arwah mak mertua.

    ReplyDelete
  7. terliur lak tengok sambal ni..

    ReplyDelete
  8. salam. sy tak tahu nak belajar masak apa untuk suami sebab bakal suami pun tak kenal lagi :D

    ReplyDelete
  9. Selalu orang kata masakan ibu adalah yg terbaik. Mana tidaknya, itulah masakan yg kita makan sejak umur 1 hari sampai berkahwin. Seperti anak kita juga masakan isteri kita adalah yang terbaik. Cuma sebagai suami tak perlu membandingkan masakan isteri dan masakan ibunya kerana masing2 ada keistimewaannya..

    ReplyDelete
  10. itulah yang terbaik..kesungguhan kena ade..baru suami kagum dan puji :)

    ReplyDelete
  11. sweet la suami puji masakan isteri..
    saya suka ikan kering sepat,,goreng & makan dengan nasi panas

    ReplyDelete


[PENAFIAN]
www.nazlee.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.
Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.