Masing-masing ada cara untuk cipta bahagia.

Saturday, September 06, 2014 PCL 10 Comments


Tadi pagi lepas sarapan dengan mamaD, terus singgah pasar tani depan MDKL , Majlis Daerah Kuala Langat beli ulam dan barangan dapur.

Sayur, ulaman masih lagi harga seringgit seikat berbanding pasar besar Rm2.
Kitaorang bukan beli banyak untuk buat stock, selalunya kalau nak beli banyak harus ke econsave . Tadi tu awal lagi , pasaraya tu belum bukak lagi.

Untuk Birthday Girl, aku masuk dapur sepenuhnya hari ni buat menu makan tengahari . Sesekali ke ruang tamu tanyakan mem apa nak buat dan cara nak sediakan bahan masak.

Orang lelaki terutamanya yang sudah menjadi suami perlu belajar memasak juga, jangan selalu guna kuasa veto memerintah nak makan sedap aje. Ini lah masanya, ikhlaskan diri , offer untuk masak di hari tertentu contohnya sambutan hari lahir.

Apa salahnya kita buat sesekali di luar bidang kebiasaan kita. Kalau sudah memang cekap masak dan selalu masak untuk keluarga, cuba sesuatu yang berlainan ; masing- masing ada cara tersendiri untuk mencipta bahagia yang diidamkan.

Ikan cencaru belah belakang sumbat dengan sambal, kangkung goreng belacan, telur dadar dan ulam daun selom berjaya disiap dan hidangkan.

Amalkan jimat cermat selagi boleh beringat, kadang tersasar jugak. Aku bila pegang sesuatu barang nak beli selalu letak balik, tak jadi ! Ye lah anak-anak dah besar , belanja sekolah dorang , makan pakai dorang lagi. Itulah kita ibu bapa kena beralah banyak bila sudah sampai masa, keperluan keluarga lebih utama dari kehendak sendiri.

Tak kiralah suami atau isteri, perlu ada kerjasama dalam menjaga keharmonian rumah tangga. Bukan masanya lagi nak mengharap orang tua  di kampung untuk tarbiah kita.

Sesekali tu bolehla sekadar minta nasihat dan pandangan mereka.

Okay aku tayang menu masakan yang dah siap terhidang ; simple lebih kurang saja.





#ciptabahagia




10 comments:

  1. Biasalah bila dah bkeluarga.. keperluan keluarga lebih utama dari segalanya.. menu walaupun simple, tapi hasil dari air tangan yang tersayang dah memadai..

    ReplyDelete
  2. Betul PCL...Carilah kebahagiaan dalam hubungan suami isteri..pasti ada caranya. Mesti tolak ansur dan saling memahami..Terbaikk. Err saya tak join cabarab 30 hari tu, agak susah sikit untuk saya, walaupun saya suka cabaran tu, sebab tak dapat hari2 mengadap PC. Selalu outstation. HP saya ni kecik sangt susah nak upload gambar..Hihihi..Terima kasih atas offer PCL tu. PCL dan Mama D memang baik

    ReplyDelete
  3. tu diaaa..
    bila org laki masuk dapur.
    penuh kasih syg masak tu.

    ReplyDelete
  4. Wah..amat menyelerakan..

    ReplyDelete
  5. menyelerakan sungguh menu... yang simple tu buat kita lebih berselera PCL... untung mamaD...

    ReplyDelete
  6. Btl pcl.. Lg satu.. Suami bantu.. Rasa dihargai.. Sejuk hati isteri.. Harini ayu krg sihat, pun suami bantu di dapur..

    ReplyDelete
  7. wah..menarik ni PCL..CM setuju dengan pdangan suami isteri mesti pandai dan tahu cara cipta bahagia dalam rumahtangga..masak untuk isteri juga salah satu darinya..husband CM akan masak time weekend..weekdays selalu CM yg masak..:)

    ReplyDelete
  8. Waaa nampak masakan biasa tapi terliur jugak KM tgk PCL... KM kagum dengan kaum suami yang pandai memasak ni... boleh gang dengan pakwan... hehehe...

    ReplyDelete
  9. Wah, teruja kalau lelaki pandai masak ni... masih belajar nak memasak juga. studioous.blogspot.com

    ReplyDelete


[PENAFIAN]
www.nazlee.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.
Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.