Minta kebenaran tapi dah minta tak dapat pulak !

Thursday, September 04, 2014 PCL 20 Comments


Hanis pujuk mama, minta kebenaran nak pi main bowling dengan kawan-kawan sekelasnya.

Hanis belajar dalam tingkatan 1, tengok saiz tangan nak angkat bola bowling pon tak larat kata mama. Inikan pulak nak bermain.

Alasan Hanis nak keluar lebih kepada hendak bersuka-suka menghilangkan rasa bosan di rumah , keluar bermain sesama kawan perempuan saja kata mama.

Nampak gaya mama macam tak benarkan Hanis keluar Sabtu ni.

Masa makan malam tadi, mama suarakan perkara tersebut.

Tapi aku ada keputusan sendiri.

Kalau anda pulak, macam mana anda membuat keputusan ? Perhatikan sesiapa yang dekat dengan anda atau anda sendiri punya keputusan.

Benarkan anak gadis anda keluar atau sebaliknya?

atau kongsi pengalaman 'makan hati' ke?? hurmm

#Jaga anak kecil mahupun jaga anak yang sudah besar hakikatnya sama saja teruknya.






20 comments:

  1. Teringat masa ruby sebaya Hanis. Merayu dengan mak minta izin nak keluar dengan kawan. Tapi hampa mak tak bagi sebab mak dah ada plan. Sebenarnya plan tu mak baru je rancang. Huhu. Mak risau sebab lokasi yg ruby nak pergi adalah bowling di Sungei Wang, kemudian naik pengangkutan awam pula tu. Kawan2 ruby mak tak kenal semua. Jika ada ibu bapa kawan2 join pun mak tak bg sebab taknak susahkan mereka. Jadi mak tegas tak bagi. Bila tiba tarikh tu mak bawa ruby dan adik2 pergi mandi sungai. Susah nak jaga anak remaja sebenarnya. Walaupun ruby baik tp pengaruh kawan amat merbahaya. Alhamdulillah mak larang awal2 lg. Itu pendapat melalui pengalaman ruby. Hehe.

    -ruby.my-

    ReplyDelete
    Replies
    1. sama kes dengan ruby, ehh memang sama lah... ; sebagai parent kena lebih memahami dan perlu berfikir jauh dan buat keputusan tegas , bila sekali bagi mesti nak lagi dan lagi.

      thnks ruby.

      Delete
  2. Hurmm...
    Sy tak pandai sgt nak bagi pendapat dari sudut parenting, just pendapat as an uncle...kekeke..
    Bagi jeeb... why not PCL and family join sekali 'outing' si Hanis dgn kawan² dia....mungkin dia x selesa..tapi bg sy itu laaaaagiiii selamat drpd biar dia outing sendiri...weekend pula tu...
    - go with family, sama ada PcL atau mamaD yg teman,
    Atau kakak dia,
    - atau just stay at home. Hehehe...
    Bahayaaaa sgt skrg cik Lee... adik baru Form 1, tak payah outing sgt la... hehe..

    Sekian,
    Uncle Garang.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ya Jeeb, memang pcl or mamaD nak keluar sekali, tapi biasalah bebudak ni tak mau dia...segan lah, apa lah..macam2 lah..

      Uncle Garang tu dgn anak buah jer keluar taring...biasanya lah, anak sendiri tau lah nanti !

      Delete
  3. Disebabkan Hanis bru Form 1, better berteman.. Lagipun dia girl kan.. Ada sebab kenapa mama tak bagi kebenaran tu.. Demi keselamatan Hanis juga.. Cool..

    ReplyDelete
  4. Hm..Kalau ada anak nanti baru kita faham perasaan risaukan anak kan..Lagipun zaman dulu tak mcm skrg..Skrg ni byk sgt kes culik, amik organ semua..Seramlah..Biarlah dia menangis tak dpt keluar...Dari kita yg menangis nanti..Pujuk dia bawa semua ahli keluarga keluar berjalan..Akan datang, dia akan faham kenapa parents dia larang pada awalnya.. Comel anak pcl.. hee

    ReplyDelete
  5. Pandangan abah careno lak mcm ni... apakata pcl pergi hantar sendiri ank gadis pcl pergi main boling tu... then lepaskan die main dgn kengkawan... pcl dgn wife xyah la lepak dgn die sbb die akan x selesa. Pcl jenjalan or lepak2 la kat tmpt lain tp still dlm mall tu... cuma biarkan die dgn kengkawan. Pcl pesan lat die bile dh hbs main call, pcl ade kat situ2 jer... juz pandangan...

    ReplyDelete
  6. pandangan seorg remaja:
    boleh je nk kluar, but only klau kita knal siapa ank kita kwan n dgn siapa dia nk kluar.. :)
    n pcl boleh antrkan dia trus ke pusat bowling..n bila nk balik pcl amek..much safer,,

    ReplyDelete
  7. nak jaga anak perempuan ni lebih mencabar daripada anak lelaki sebenarnya kan PCL... semoga pandangan kawan2 boleh menguatkan PCL membuat keputusan :)

    ReplyDelete
  8. kalau gua pun, gua tak bagi. adik gua pun gua tak bagi keluar sebarangan.

    ReplyDelete
  9. Kalau dkna , ada 2 keadaan..mungkin bagi mungkim tak.. tapi naluri ibu ni kuat, percaya pada naluri gak..

    ReplyDelete
  10. Arwah abah dulu xkasi seawal form 1 tu. Da hbs sekola baru boleh. Kecuali abah ada sama. Apekata pcl join sama. Hantar dia tp bg dia main dgn kawan2 dia.setuju dgn pendapat careno. Sekarang ni zaman lain macam.

    ReplyDelete
  11. Hehehe teringat dulu2 ,mak memang tk izin kuar untuk jalan2 sbb risau ade pape kat luar tu. Better la.. erm.. tnya kuar dgn siapa. Pantau dia. Atau.. suruh kawan2 dia tu dtg umah. Jadi pcl kenal dengan siapa dia keluar. Meski mcm tu.. kena buat pntauan jugak.. budak2 kadang kalau dilarang.. menjadi2 nanti. Kalau dimanjakan sgt.. jgn smpai destroy kpercyaan itu. Pengaruh lingkungan dan sosial skg mcm2 benda boleh jadi.

    ReplyDelete
  12. ibubapa kena pergi main sekali la dgn anak2..

    ReplyDelete
  13. risau jugak,bila diizinkan,lain kali mesti nak keluar lagi..bukan tak percayakan anak sendiri,tp risau kalau dah terlalu ikutkan kawan2 mereka lupa diri .serba salah jugak nak bagi atau tak..bak kata diorang,hanis baru form 1..

    ReplyDelete
  14. Apa yg penting, beri kepercayaan kpd anak... Dan igt kn dia, jgn sesekali hlgkn kepercayaan itu

    ReplyDelete
  15. form 1 mcm kecik lg nk outing²...sy dulu smpi dah habis form 5 pun mak tak bagi outing dgn kwn²...padahal mak kenal semua kawan² sy...tp skrg sy faham kenapa mak macam tu...x rasa rugi pun x dpt outing dgn kwn²...rs bersyukur lg ada...suka dgn cara parents ruby...kita plan benda lain utk dia...mungkin dia bosan duk rmh sbnrnya...sy pn ada anak perempuan...wpn kecik lg tp dh terpk gak psl ni bila dia remaja sok...risauuuuu...huhuhu~

    tggu la dia besar sikit lagi baru nak outing sendiri²....skrg fokus to family je...

    ReplyDelete
  16. Kecil lagi. Tak sesuai kot. Ataupun ikut lah sekali. Jangan kongkong sangat itu sahaja. wuwuwu

    ReplyDelete
  17. Alamak..Bila dah besar ini pula dugaan dia...
    pergh!!! Tak leh bagi cadangan PCL.. tak lalui lagi...

    Tapi beza kita nak biarkan anak perempuan atau laki pada umur camni kan?

    ReplyDelete
  18. Terus terang kalau anak perempuan minta kebenaran untuk keluar ngan kawan dia, memang kita susah nak bagi 'greenlight'. Bukan soal tak percaya, tapi kita risaukan keselamatan diaorg. Hanim juga mempunyai pengalaman sebegini dulu, bila abah susah nak beri keizinan untuk Hanim keluar ngan kawan-kawan. Dah la dulu takda handphone bagai, lagi dia risau! huhu.

    Mungkin ini dilema yang akan Hanim tempuh satu hari nanti dan pasti masa tu kepala ini akan pening! hehe. Nak larang pun takleh, nak benarkan pun kita was-was. Jalan terbaik, kita sama-sama bawa mereka gi main bowling dan main bersama! haha :)

    ReplyDelete


[PENAFIAN]
www.nazlee.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.
Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.